Eropah

Genjatan senjata sementara untuk evakuasi sudah bermula di Ukraine

Oleh BERNAMA

Moscow: Gencatan senjata sementara antara tentera Rusia dan Ukraine bermula hari ini bagi membolehkan pelaksanaan proses evakuasi orang awam di lima bandar utama di Ukraine.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, gencatan senjata itu berkuat kuasa di bandar Kyiv, Kharkiv, Chernigiv, Sumi dan Mariupol pada 10 pagi waktu Moscow (0700GMT).

Delegasi Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan pusingan ketiga di bandar Belarusia Brest pada Isnin lalu yang berakhir dengan perkembangan agak positif berhubung isu kemanusiaan, lapor Agensi Anadolu memetik pegawai Ukraine.

Konflik Rusia-Ukraine yang bermula 24 Februari itu mencetuskan kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekurang-kurangnya 474 orang awam terbunuh dan 861 cedera di Ukraine manakala kira-kira dua juta penduduk melarikan diri ke negara jiran.

Disiarkan pada: March 9, 2022 @ 8:23pm
d