Eropah

3 letupan kuat dari bandar Kyiv

Oleh AFP

Kyiv: Sekurang-kurangnya tiga letupan kuat kedengaran di tengah-tengah pusat bandar Ukraine, Kyiv, pagi Selasa, kata wartawan AFP, namun puncanya tidak diketahui.

Wartawan AFP turut melihat kepulan asap dari jauh, namun tidak dapat ke lokasi kejadian kerana perintah berkurung sehingga 0500 GMT.

Kadang kala letupan disebabkan senjata pertahanan udara.

Tiada kenyataan segera daripada sumber rasmi.

Pertempuran semakin rancak beberapa hari kebelakangan ini di sekitar Kyiv, yang hampir dikelilingi sepenuhnya tentera Rusia yang mula menyerang Ukraine pada 24 Februari.

Lebih separuh daripada tiga juta penduduk Kyiv sudah meninggalkan bandar itu sejak Rusia memulakan serangan.

Beberapa kematian dan kecederaan dilaporkan pada Isnin selepas serangan udara di beberapa bahagian di ibu negara.

Pertempuran sengit telah berlaku selama beberapa hari antara tentera Rusia dan Ukraine di pinggir barat laut Kyiv.

Disiarkan pada: March 15, 2022 @ 2:35pm
d