Eropah

Rusia nafi bunuh orang awam di Bucha

Oleh AFP

Moscow: Kementerian Pertahanan Rusia menafikan membunuh orang awam di Bucha, sebuah bandar di luar ibu kota Ukraine, Kyiv.

Bandar itu baru-baru ini ditawan semula oleh askar Ukraine daripada tentera Moscow.

Menerusi satu kenyataan, kementerian itu menjelaskan sepanjang masa kawasan penempatan itu berada di bawah kawalan angkatan tentera Rusia, tiada seorang pun penduduk tempatan mengalami sebarang tindakan ganas.

Sebaliknya, tentera Rusia menyampaikan 452 tan bantuan kemanusiaan kepada orang awam di sana.

Kementerian itu berkata, semua penduduk berpeluang untuk bebas meninggalkan penempatan ke arah utara, manakala pinggir selatan bandar itu ditembak sepanjang masa oleh tentera Ukraine.

"Foto dan video mayat yang bertaburan di jalan-jalan di Bucha adalah 'satu lagi produksi rejim Kyiv untuk media Barat", tambahnya.

Kementerian itu berkata bahawa semua unit milik Rusia berundur dari Bucha pada 30 Mac, sehari selepas tentera Rusia mengumumkan ia akan mengurangkan aktiviti di utara Ukraine dengan ketara.

Disiarkan pada: April 4, 2022 @ 9:15am
d