Eropah

Putin nafi serangan peluru berpandu di pusat beli-belah

Oleh AFP

Moscow: Presiden Rusia Vladimir Putin menafikan tentera Moscow bertanggungjawab melakukan serangan ke atas pusat beli-belah yang sesak di bandar Kremenchuk, Ukraine awal minggu ini, di mana 18 orang terbunuh.

"Tentera kami tidak menyerang mana-mana tapak infrastruktur awam.

"Kami mempunyai setiap keupayaan untuk mengetahui apa yang terletak di mana," kata Putin pada sidang akhbar di ibu kota Turkmenistan, Ashgabat.

"Tiada sesiapa dalam kalangan kita menembak begitu sahaja, secara rawak. Ia biasanya dilakukan berdasarkan data risikan pada sasaran dan dengan 'senjata berketepatan tinggi'," kata Putin.

Ukraine menuduh Rusia menyerang pusat itu pada Isnin lalu di Kremenchuk, 330 kilometer tenggara Kyiv.

Rusia menafikan tuduhan itu.

Disiarkan pada: June 30, 2022 @ 9:56am
d