Eropah

Traktor paling pantas di dunia

Oleh Agensi

London: Lazimnya traktor bergerak pada kelajuan rendah, namun teknologi Britain membawa perubahan besar yang menyaksikan pengeluaran traktor JCB Fastrac yang paling pantas di dunia.

Pengeluar jentera berat Britain, JCB mereka cipta JCB Fastrac Two yang diberi nafas baharu serta prestasinya dipertingkatkan hingga mampu mencapai kelajuan sehingga 247 kilometer sejam (km/j).

Kejayaan mereka itu melayakkan mereka diiktiraf Rekod Dunia Guinness.

Dikuasakan enjin Dieselmax enam silinder 7.2 liter, traktor itu

memecahkan rekod itu dengan kuasa 1,016 hp dan tork lebih 2,500 Nm.

Ketua Pegawai Inovasi dan Pertumbuhan JCB, Tim Burnhope berkata, pasukannya perlu membangunkan penyelesaian inovatif untuk meningkatkan aerodinamik untuk mencapai matlamat mereka.

"Mendapatkan traktor seberat lima tan untuk mencapai kelajuan itu dengan selamat dan berhenti semula bukanlah satu tugas yang mudah.

"Kami semua sangat berbangga kerana bukan sahaja mencapai matlamat ini, malah melebihi jangkaan," katanya.

Beberapa bulan lalu, traktor JCB Fastrac lain mencatat rekod kelajuan dunia dengan kelajuan purata 166 km/j, namun pasukan kejuruteraan yakin mereka boleh melakukan lebih baik.

Justeru selepas membuat beberapa pelarasan dan penambahbaikan, mereka mencubanya sekali lagi sebelum ia berjaya memecah rekod tersendiri di Elvington Airfield, pada November 2019.

Pengerusi JCB, Lord Bamford menyifatkan pencapaian itu kejayaan berpasukan pihaknya yang memanfaatkan kejuruteraan Britain pada tahap terbaik.

Disiarkan pada: December 7, 2022 @ 2:31pm
d