Eropah

Korban gempa di Turkiye cecah 1,498

Oleh BERNAMA

Moscow: Angka korban akibat gempa bumi Turkiye meningkat kepada 1,498, lapor Sputnik, memetik kenyataan ketua Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), Yunus Sezer.

"Setakat ini, jumlah kematian ialah 1,498 orang, manakala 8,533 lagi cedera dan 2,834 bangunan dilaporkan musnah," kata Sezer kepada pemberita.

Sebelum ini, AFAD melaporkan sebanyak 1,121 kematian.

Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda tenggara Turkiye pada pagi Isnin.

Kerosakan turut dilaporkan di beberapa wilayah di Syria, manakala gegaran turut dirasai di ibu kota Lubnan, Beirut.

Di Syria, angka kematian kini melebihi 400 orang, manakala 1,300 lagi cedera.

Disiarkan pada: February 6, 2023 @ 11:53pm
d