hati

Pakaian dalam rai aktiviti cergas

Jenama pakaian dalam, Triumph memahami wanita wujud dalam pelbagai rupa, ada yang menjalani gaya hidup aktif, bersenam untuk kekal sihat dan mahu bersosial.

Ada gemar memaparkan aktiviti kecergasan melalui aplikasi sosial, menyertai kelas dan bersama rakan yang sama-sama mahu mencapai matlamat mereka.

Dalam situasi ini, wanita bergaya pasti ingin tetap tampil menarik di samping sokongan pakaian sukan yang luar biasa. Mereka ingin memakai pakaian sukan untuk keluar masuk pusat kecergasan tanpa bimbang kelihatan tidak bergaya.

Koleksi Triaction menawarkan solusi terbaik, coli Triumph yang mengikut trend, memberi sokongan dan selesa.

Padan untuk setiap bentuk, koleksi ini mempunyai ciri kawalan lantunan disertifikasi oleh Kumpulan Penyelidikan Kesihatan Payudara Universiti Portsmouth.

Ketua Pereka Triumph Global Sian Thomas berkata, jenama itu tahu wanita mahu mengenakan pakaian sukan yang boleh ke pusat kecergasan, di jalan atau di kafe bersama sebab itu koleksi berkenaan dihasilkan.

Hasilnya adalah koleksi multi-sukan, prestasi tinggi, padanan yang baik namun masih mengekalkan gaya memberi wanita kebebasan untuk berlatih pada bila-bila masa dan bagaimana mereka sukai.

“Musim ini kami memperkenalkan teknologi baru yang melihat fesyen memenuhi fungsi luar biasa. Koleksi Dynamic Lite menawarkan proses powertech 3D yang memadukan beberapa lapisan untuk kompresi antilantun, sokongan ekstrem dan keselesaan lembut yang menyesuaikan diri dengan bentuk badan wanita.

“Coli sukan Magic Motion pula berdasarkan pakaian dalam laris dengan ciri teknologi Magic Motion Air. Ini menawarkan sokongan wayar namun dengan keselesaan ekstra dan fleksibiliti bagi pemakainya.

“Fabrik canggih yang digunakan memiliki sifat cepat kering dan lubang kecil yang meningkatkan pengudaraan,” katanya.

Koleksi Cardio menampilkan berbagai coli dengan sokongan superior, sesuai untuk aktiviti prestasi tinggi dan wanita yang gemar berasakan kesan ‘hangat’.

Konsep yang menyatukan semua coli dalam koleksi ini adalah Dynamic Lite dengan 3D Powertech, yang menggabungkan tiga kain inovatif untuk memberikan kawalan dan keselesaan luar biasa.

Disiarkan pada: May 15, 2017 @ 3:14pm
d