hati

Masakan tradisi Minangkabau

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Hidangan masakan tradisi Minangkabau dari Negeri Sembilan menjadi tarikan buat pengunjung berbuka puasa Hotel Olive Tree, Bayan Baru, bersempena Ramadan tahun ini.

Keenakan dan kelazatan resipi disediakan Eksekutif Cef Mohd Fauzi yang memiliki pengalaman luas itu sudah pasti membuka selera semua pelanggan.

Bufet Ramadan dihidangkan di Sukkah Coffee House akan bermula dari 27 Mei hingga 2 Julai ini dengan tawaran harga RM120++ untuk dewasa dan RM60++ (kanak-kanak) manakala warga emas berusia 55 tahun ke atas ditawarkan harga RM80++.

Lebih 100 menu istimewa disajikan antaranya kerabu betik muda, kerabu udang suhun, gulai daging salai, siput sedut masak lemak cili api, daging rendang minang, sambal udang petai berlado, gulai nangka ikan bilis, ketam masak lemak dan rendang ayam Negeri Sembilan.

Turut dihidangkan, ikan keli masak berlado dan gulai itik salai bersama pelbagai masakan tradisional Melayu selain hidangan pencuci mulut dan pelbagai sup pilihan.

Sebagai tawaran awal, Hotel Olive Tree turut melancarkan jualan bagi pelanggan terawal iaitu bagi setiap pembelian baucar Bufet Ramadan bermula dari 27 Mei hingga 31 Mei ini dan 22 Jun hingga 26 Jun ini layak mendapat potongan diskaun 50 peratus.

Bagi pembelian baucar berbuka puasa pada 1 Jun hingga 21 Jun ini dan 27 hingga 2 Julai ini layak mendapat potongan diskaun 20 peratus.

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 10:15am
d