hati

Inspirasi kisah Snow White

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Inspirasi daripada kisah dongeng seperti Alice in Wonderland, Cinderella dan Snow White, Mermaid Luxe Raya Wonderland membawa aliran baru penggayaan busana buat wanita sempena musim perayaan ini.

Menerima sambutan luar biasa dan positif untuk koleksi raya 2016, tahun ini koleksi itu tertumpu kepada wanita yang menyukai kemanisan, keanggunan dan kesederhanaan.

Koleksi itu didatangkan dengan tiga gaya yang mewakili karakter berbeza watak kisah itu antaranya Candy yang menggambarkan diri pemilik jenama itu, Liyana Jasmay.

Bagi yang menyukai gaya mewah dan sofistikated, koleksi Elegance pilihan terbaik manakala pilihan minimalis dengan baju kurung ringkas, Classic menyerlahkan kesopanan dan keanggunan wanita.

“Bagaimanapun, bagi memelihara nilai eksklusif untuk si pemakai, setiap koleksi hanya dikeluarkan 1,000 pasang setiap rekaan,” katanya pada pelancaran koleksi itu di Metrojaya, Mid Valley Megamall Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Merchandising Metrojaya, Derek Yeap berkata, gedung beli-belah itu membawa jenama terbabit secara eksklusif dan boleh didapati di lokasi itu bermula Mei hingga 31 Julai ini.

“Kami membayangkan wanita dengan karakter berbeza apabila mengenakan koleksi ini dan merasa seolah-olah hidup dalam kisah dongeng mereka sendiri,” katanya.

Disiarkan pada: May 20, 2017 @ 7:31am
d