hati

12 faktor pencetus asma

Sehingga kini punca asma masih tidak diketahui. Namun, terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi pencetus penyakit ini antaranya:

1. Jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan seperti selesema.

2. Alahan terhadap bulu binatang, habuk, tepung, hama atau debunga.

3. Pendedahan kepada bahan bawaan udara seperti asap kimia, asap dan pencemaran udara.

4. Faktor cuaca sejuk, berangin, panas berdebu, lembap dan perubahan suhu drastik.

5. Keadaan bilik lembap, berkulat dan berhabuk.

6. Tekanan.

7. Emosi berlebihan seperti kesedihan berlarutan, terlalu marah dan ketawa.

8. Aktiviti fizikal seperti bersukan.

9. Ubat antiradang (aspirin, naproxen dan ibuprofen) dan beta blocker (biasanya diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah jantung atau tekanan darah tinggi).

10. Makanan atau minuman termasuk makanan yang diproses, makanan siap, minuman botol jus buah-buahan, bir dan wain.

11. Alahan makanan seperti kacang.

12. Penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau penyakit menyebabkan asid perut kembali ke dalam esofagus sehingga merengsakan saluran gastrousus atas.

FAKTOR RISIKO ASMA

Menurut kajian, terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang terkena asma antaranya:

1. Mempunyai keluarga dengan sejarah asma.

2. Alahan atopik.

3. Bronkiolitis atau jangkitan paru-paru.

4. Berat lahir tidak normal.

5. Kelahiran pramatang.

6. Pendedahan kepada asap rokok buat kanak-kanak.

(Bagi ibu yang merokok ketika hamil, risiko kepada kanak-kanak yang menghidap asma akan meningkat)

Disiarkan pada: May 22, 2017 @ 3:51pm
d