hati

Langkah mudah dapat kening sempurna

Tidak dinafikan, memiliki kening menawan dan terurus pasti lebih mencantikkan wajah.

Ia seumpama pelengkap gaya kerana kening yang terurus menonjolkan lagi imej seseorang sekali gus menjadi pelengkap wajah walaupun tanpa mengenakan solekan tebal.

Namun diingatkan, jangan terlalu kerap mencukur bulu kening kerana ia akan memberi kesan kening menjadi semakin nipis.

Tunggu apa lagi, semak tip di bawah untuk mendapatkan kening yang sempurna dan menawan dengan hanya melakukan langkah mudah:

1. Jika ingin mencukur atau mencabut kening, cuba lakukannya pada malam hari. Ini kerana sekiranya ia dillakukan pada waktu malam, keesokan harinya, kulit kemerah-merahan kesan cukuran itu kemungkinan besar sudah hilang.

2. Jangan sesekali mencabut bulu halus di atas kening. Bukan itu saja, harus diingatkan juga jangan mencabut bulu kening terlalu banyak atau kerap kerana akan menyebabkan kening menjadi terlalu nipis dan tidak nampak semula jadi. Pasti anda ingin tampak cantik semula jadi bukan?

3. Gunakan pencabut bulu kening dengan bahagian hujungnya mengiring supaya lebih mudah mencabut. Sikat bulu kening arah ke belakang, selepas bulu kening dicabut, sikat ke arah sebaliknya untuk menghilangkan sisa.

4. Untuk membuatkan bentuk bulu kening kelihatan jelas dan tersusun, gunalah pensil warna kening yang senada atau warna coklat tua. Ketika menggunakan pensil bulu kening, cuba gunakan secara berlapis atau tipis.

5. Cuba mulakan dari bahagian hujung dan menghala keluar. Ratakan warnanya menggunakan berus khusus untuk bulu kening.B menggunakan gel rambut untuk merapikan bulu kening. Selamat mencuba!

Disiarkan pada: June 22, 2017 @ 2:48am
d