hati

Rumusan alam semula jadi

Jenama kecantikan dari sumber semula jadi botanikal Botanist menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai gaya hidup dan sihat setiap hari. Produk ini juga menggalak pengguna untuk mesra alam sambil menjaga rambut, minda dan jiwa.

Antara produk jualan terbaik ialah Botanical Shampoo, Treatment dan Hair Oil yang terdapat dalam versi melembap dan melembutkan.

Botanical Shampoo dirumus menggunakan keseimbangan bahan seperti kelapa dan kacang soya. Manakala Botanical Treatment mengandungi avokado dan kacang macadamia. Ia diambil dari sumber asid lemak yang sama seperti minyak yang dijumpai dalam kulit manusia. Sesuai untuk kanak-kanak, ia mencuci secara lembut tanpa menghalang kulit mendapat manfaat.

Botanical Hair Oil dihasilkan dari 20 jenis minyak semula jadi tumbuh-tumbuhan. Diadun bersama minyak germa beras dan mentega shea untuk membaiki kerosakan rambut seperti penukaran warna rambut. Bagi mengekalkan kelembapan rambut ia juga dicampurkan dengan ekstrak Laminaria ochroleuca dari rumpai laut emas dan minyak argan untuk melindungi rambut dari hilang sumber kelembapan aslinya.

Disiarkan pada: July 6, 2017 @ 11:29am
d