hati

Atasi masalah kulit berminyak

Oleh Hajahfarhana Tarmudi

Masalah kulit biasa dialami kebanyakan individu seperti liang pori terbuka. Apabila tidak menjalani rutin penjagaan yang betul, ia boleh menyebabkan kulit kelihatan berminyak, sekali gus mewujudkan bintik hitam.

Liang pori terbuka atau mengembang boleh menyebabkan pengeluaran sebum secara berlebihan, membesarkan saiz pori dan mengakibatkan ton kulit tidak sekata.

Pori yang tersumbat disebabkan pengeluaran sebum berlebihan dan sel kulit mati boleh membentuk bintik hitam, besar kemungkinan turut berisiko mendapat masalah kulit lain.

Menyedari kepentingan menjaga kulit wajah yang betul, Laneige menggabungkan kebaikan rangkaian produknya, Mini Pore dan Trouble Line untuk mencipta kaedah terbaik semua dalam satu untuk kulit bermasalah.

Menampilkan Mini Pore Line yang dicipta berdasarkan teknologi Mint Water bagi membantu mengawal jumlah pengeluaran minyak pada kulit dan pada masa sama memastikan lembapan minimum dikekalkan.

Formula kali ini juga menggunakan teknologi Pore Refining yang membantu meminimumkan kesan penjagaan pori dengan mengawal rembesan sebum, tapi melegakan iritasi kulit.

Ia didatang dengan Mini Pore Double Clearing Cleansing Foam, Mini Pore Blackhead Heating dan Clean Duo serta Single-Drop Skin Relief, setiap satunya dicipta khas untuk membersih, menyembuh serta melegakan kulit.

Mencuci wajah langkah paling penting untuk memastikan kulit sihat. Menerusi pembersih ini, ia membantu menyelesaikan masalah kulit berminyak dari dalam dan memberi tumpuan pada penyingkiran sel kulit mati dan kotoran yang menjadi penyebab pori tersumbat.

Buih pembersihnya yang diperbuat daripada buih mikro mengandungi kombinasi bahan dan teknologi yang dicipta khas untuk membersih secara melembap serta membersihkan pori.

Bagi mengekalkan rasa lembap setiap kali selepas membersih wajah, bahan lembapan khas digunakan, Mint Water selain ekstrak teratai, kapsul pelembap yang diperbuat daripada teh hijau bagi mengelakkan kesan kulit yang tegang.

Mini Pore Heating dan Clean Duo direka untuk pengelupasan secara mendalam bagi membantu menyingkirkan bintik hitam dan bintik putih serta mengetatkan pori.

Heating gel membantu mengatasi masalah lebihan minyak dalam pori dan menyingkirkan bintik hitam yang disapu pada wajah menggunakan kaedah urutan secara lembut.

Pupur wajah berkrim, Clay Mask dengan walnut koko bersama butiran mikro membantu mengelupas secara mendalam untuk menyingkirkan bendasing dan membersihkan pori melalui urutan lembut.

Langkah terakhir dengan menyapu Mini Pore Single-Drop Skin Relief, gel yang membantu melegakan iritasi kulit. Ia mengandungi formula unik Mint Water dan asid salisilik yang membantu melembap dan melembutkan kulit.

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 7:09am
d