hati

Mudahkan proses pemulihan

Oleh Nor Faizah Mohamed

Mulus, licin dan berseri sememangnya menjadi tanda pengenalan kepada pesona wajah wanita Jepun. Tanpa secalit cela, rahsia di sebalik kejelitaan tu datangnya daripada rejim penjagaan kulit yang diwarisi secara turun-temurun.

Menariknya, sukar mencari kesan parut pada wajah mereka meskipun pernah berdepan masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan sebagainya.

Sapuan air beras dan sake (wain beras) pada bahagian yang bermasalah antara kaedah tradisional yang dilakukan mereka sebelum ia dipertingkatkan menerusi kecanggihan teknologi dan kepesatan industri kecantikan dunia.

Penggunaan pupur atau topeng wajah dengan bahan semula jadi mula membanjiri pasaran bagi membantu mengatasi masalah kulit. Bagaimanapun, penggunaan pupur saja tidak memadai tanpa disertakan rutin penjagaan wajah yang seimbang bagi mengelak masalah itu berulang.

Seperti apa yang ditampilkan Astalift, kecantikan perlu bermula dari dalam bagi memperlihatkan seri secara keseluruhannya.

Jenama kosmetik premium dari Jepun itu juga percaya kepada ‘Kecantikan Fotogenik’ yang ditunjangi lime elemen penting iaitu ‘Freshness’ (Segar), ‘Shine’ (Sinar), ‘Healthiness’ (Sihat), ‘Firmness’ (Tegang) dan ‘Translucency’ (Lut Cahaya) bagi memberi keseimbangan kepada rutin penjagaan wajah harian.

Menurut Pelatih Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan Astalift, Lena Goh, konsep ‘Kecantikan Fotogenik’ ini tercetus daripada lapisan gulungan filem fotografi.

Dengan menggunakan teknologi Fujifilm - pengasas Astalift - konsep itu dibangunkan menerusi keupayaan teknologi nano, teknologi antioksidan, kajian kolagen dan teknologi kawalan serta analisis cahaya.

“Semua teknologi ini digabung untuk membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit yang dialami wanita. Contohnya astaksantin daripada formula partikel nano yang dibangunkan Fujifilm, ia membantu meningkatkan keanjalan kulit dan menyerlahkan seri dari dalam.

“Ia turut menjadi salah satu bahan utama untuk rangkaian produk antipenuaan Astalift berikutan strukturnya yang stabil dan mempunyai prestasi antipenuaan sembilan kali lebih berkuasa berbanding astaksantin biasa.

“Astaksantin ini juga dikenali sebagai elemen merah dalam industri kecantikan dan ia diperoleh daripada salmon,” katanya.

Astalift seterusnya mengembangkan formula ‘Human-Typo Nano Ceramide’ untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering. Menerusi krim Jelly Aquarysta, seramid menjadi tunjang kepada lembapan kulit dan sekali lagi teknologi nano digabung bagi menghasilkan seramida yang seakan sama didapati pada kulit manusia.

Hasilnya, penggunaan krim ini membantu kulit bersedia untuk rutin penjagaan seterusnya, sekali gus memudahkan proses pemulihan kulit.

Astalift bagi pasaran hadir dalam rangkaian kod warna iaitu merah, putih, kuning dan biru. Merah khusus untuk antipenuaan, putih untuk kulit cerah berseri, kuning untuk kulit kering dan biru bagi membantu mengatasi masalah akne atau jerawat.

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 7:12am
d