hati

Tudung eksklusif berhias manik

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Menjelang Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut Jumaat depan, pastinya golongan wanita mula sibuk mencari tudung mahupun selendang yang akan digayakan di pagi raya.

Ternyata, memilih selendang mahupun tudung yang menepati kehendak sepenuhnya bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat banyak kriteria perlu difikirkan.

Selendang dan tudung itu perlulah cantik, selesa, tidak jarang, materialnya tidak terlalu tebal dan mudah dibentuk.

Bagi memenuhi keinginan pelanggan, jenama fesyen tempatan Fa.B.ulous Hijab mengilhamkan dua koleksi terbarunya iaitu Bawal Mika dan Sofea Shawl.

Menurut pengasas Fa.B.ulous Hijab Fatin Bahirah Mohd Kassim, pelanggan boleh memilih 12 warna menarik ditawarkan dengan jahitan manik eksklusif pada setiap helaian tudung bawal mahupun selendang.

“Dua koleksi ini pasti memenuhi keperluan wanita berhijab yang mahu tampil anggun menawan dengan menggayakan tudung eksklusif.

“Harga bagi bawal Mika RM60 manakala Sofea Shawl RM110 sehelai dan saya yakin koleksi ini menepati kehendak pelanggan yang mahu tampil menawan sepanjang masa terutama di pagi raya,” katanya.

Fatin Bahirah berkata, pihaknya menggunakan chiffon berat dan satin dull yang memberi keselesaan selain mudah dibentuk dan digayakan mengikut gaya diinginkan.

“Dengan saiz yang sesuai, tudung bawal dan selendang ini boleh digayakan dengan mudah, tidak terlalu pendek atau panjang apabila dipakai.

“Koleksi ini juga sesuai digayakan ke mana-mana majlis sama ada untuk gaya formal mahupun gaya santai pada hujung minggu,”ujarnya.

Fatin Bahirah berkata, selain dua koleksi itu, pelanggan juga boleh memilih atau menempah tudung yang dijahit manik mengikut cita rasa dan kehendak masing-masing.

Disiarkan pada: August 26, 2017 @ 10:34am
d