hati

Beg tangan suai padan

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Kebanyakan wanita menganggap beg tangan bukan saja sebagai aksesori, tetapi pelaburan yang membantu untuk menyerlahkan penampilan mereka.

Malah ada sesetengah wanita menganggap beg tangan sebagai keperluan terpenting berbanding kasut, skirt dan blaus. Boleh dikatakan beg tangan ibarat teman baik golongan itu.

Bagi wanita moden pula, beg tangan yang bergaya bukan saja melengkapi sesuatu pakaian, malah menggambarkan personaliti dan cara hidup mereka.

Beg tangan wanita boleh didapati dalam pelbagai saiz, bentuk dan rekaan untuk menepati cita rasa setiap orang.

Musim luruh ini, Kate Spade New York meluaskan tawaran memperibadikan beg tangan yang mengikut personaliti tersendiri wanita, satu set beg tangan yang boleh disuai padan, masing-masing direka untuk disesuaikan dengan busana digemari.

Beg boleh disuai padan terbaru ini, Make it Mine membolehkan penggemar jenama itu menyesuaikan aksesori mengikut gaya.

Beg silang terbaru ini direka agar mudah disuai padan dengan aksesori yang boleh ditukar ganti sekali gus membolehkan individu mengekspresikan keperibadian mereka.

Ia menawarkan pelbagai pilihan untuk diselaraskan dan disuai padan bagi mewujudkan gaya dan gabungan unik.

Kini, wanita boleh memilih dari pilihan penutup yang bergaya dan unik dengan pelbagai pilihan warna dan cetakan yang menyeronokkan dan menarik yang boleh ditukar untuk melengkapkan keperibadian atau mood anda.

Penutup beg boleh didapati dalam pelbagai gaya sama ada kulit licin dalam beberapa warna dan corak chic seperti jalur dan cetakan harimau bintang.

Selain itu diberikan juga sentuhan feminin atau bersegi seperti busur dan riben. Ia mudah disambung dan selamat sebaik disatukan, jadi wanita boleh memilih kegemaran bermusim atau menukarnya sekerap pakaian.

Terdapat lebih banyak cara untuk memperibadikan Kate Spade menerusi kedai personalisasinya yang dilancarkan pada 2016 dengan program Give It a Twist!

Ia menawarkan kemungkinan tidak terbatas untuk disesuaikan mengikut cita rasa tersendiri, yang membolehkan anda memadankannya dengan pelekat dan patch, tali, charm dan banyak lagi.

Sama ada menjadi hadiah yang sempurna untuk orang tersayang mahupun buat diri sendiri, pilihan yang disuai padan ini membolehkan seseorang memberi hadiah yang tiada tandingannya di dunia.

Koleksi kapsul ini boleh didapati secara eksklusif di Pavilion KL dan The Gardens sepanjang musim luruh untuk masa yang terhad dengan harga RM1,680 untuk beg manakala penutup beg berharga antara RM280 hingga RM480.

Disiarkan pada: September 2, 2017 @ 1:47am
d