hati

Aksesori vintaj

Oleh HM Digital

Wanita ada kalanya memiliki pelbagai kemahiran dan kejayaan. Kehebatan wanita bukan hanya di pejabat malah juga cekap menguruskan kerja di rumah.

Memahami keistimewaan wanita dalam melakukan pelbagai perkara hebat, Pandora melancarkan koleksi terbarunya sempena musim luruh dan dingin 2017 bagi meraikan golongan istimewa yang banyak berjasa ini.

Pelancarannya bertepatan dengan kempen globalnya, DO Campaign 2017, koleksi kali ini ditampilkan bagi meraikan dan memberi inspirasi kepada wanita agar menjadi diri sendiri.

Koleksi musim luruh menonjolkan suasana vintaj dengan cincin kontemporari, subang perak sterling berjuntai bak motif titisan air mata candelier Cascading Glamour.

Lebih menarik apabila pemakaiannya membuatkan mata terpegun dek keunikannya menangkap kilauan cahaya ratusan batuan zirkonia kala dipakai waktu siang atau malam.

Selain itu, koleksi charm dengan warna pastel juga menarik perhatian, sesuai dengan sifat wanita yang lembut dan feminin. Warna terang pula menghiasi koleksi musim sejuk.

Kali ini, koleksi jenama barang kemas berkenaan menonjolkan rekaan yang lebih ceria dengan tafsiran semula keindahan reka bentuk jejak bintang yang terang dan berkerlipan.

Keunikan rekaannya dapat dilihat menerusi koleksi cincin. Gabungan perak sterling, garisan sudut dan kehalusan hiasannya bersatu, sekali gus mencipta koleksi yang lebih memukau.

Disiarkan pada: September 9, 2017 @ 1:22am
d