hati

Semak dulu keperluan bayi

Oleh Zaitie Satibi

Menyediakan barangan keperluan bayi boleh menjadi satu pengalaman yang merumitkan terutama kepada pasangan yang pertama kali menjadi ibu bapa dan ingin membuat persiapan menyambut bayi baru lahir.

Tanpa perancangan rapi, mereka mungkin membeli barangan yang kurang perlu sebaliknya tertinggal barangan penting untuk digunakan. Ada baiknya sebelum membeli, sediakan senarai semak kelengkapan bayi bagi mengelak pembaziran.

Selain jenama dan kualiti barangan, harga juga menjadi faktor penting untuk memilih kelengkapan bayi seperti lampin pakai buang, set mandian, tuala, pakaian, susu formula, botol susu, sarung tangan, stokin, tilam dan kereta sorong bayi.

Ini kerana, boleh dikatakan barangan berkenaan agak mahal. Segelintir ibu bapa terpaksa mengumpul wang terlebih dulu untuk membeli semua barangan bayi yang diperlukan, malah ada yang membeli sedikit demi sedikit sebagai persiapan sebelum bayi lahir.

Apapun, kelengkapan bayi mesti cukup, jika tidak ibu bapa boleh menjadi kelam kabut. Bagi membolehkan ibu bapa membeli barangan keperluan bayi mengikut kemampuan kewangan, GCH Retail (M) Sdn Bhd, pengendali pasar raya besar Giant membuka pusat sehenti kelengkapan bayi dikenali Baby World.

Pengarah Peruncitan (Barangan Am dan Runcit Bukan Makanan) GCH Retail, Lee Siew Mei berkata, lebih 50 jenama antarabangsa dan tempatan merangkumi semua keperluan bayi ditawarkan di pusat sehenti berkenaan yang dibuka di semua cawangan Giant di seluruh negara.

“Kami memahami keperitan segelintir ibu bapa terutama pasangan yang baru menimang cahaya mata mencari barangan kelengkapan bayi yang patut dibeli dan berapa banyak pula yang perlu disediakan.

“Oleh itu, menerusi Baby World kami menyediakan semua barangan diperlukan di bawah satu bumbung. Ia bukan saja memudahkan ibu bapa memilih kelengkapan bayi mengikut kemampuan, malah mengurangkan masa membeli-belah terutama mereka yang sentiasa sibuk

“Malah, kami juga menyediakan khidmat nasihat daripada jurujual berpengalaman kepada bakal ibu bapa yang ingin membeli barang asas,” katanya.

Katanya, selain tempat yang selesa untuk membeli-belah kelengkapan bayi, pihaknya turut menawarkan potongan harga 20 hingga 25 peratus lebih murah berbanding tempat lain bagi produk tertentu.

“Usaha ini dilakukan bagi mengurangkan beban kewangan pengguna yang meningkat akibat kenaikan kos sara hidup kebelakangan ini. Selain pengurangan harga produk terpilih, kami juga menawarkan pek jimat yang dibungkus khas oleh pengilang untuk pelanggan Baby World.

“Malah, ada juga kelengkapan bayi dengan jenama sendiri seperti lampin pakai buang pada harga berpatutan berbanding yang berjenama khususnya untuk pelanggan yang mempunyai bajet kecil,” katanya.

Siew Mei berkata, ibu bapa juga tidak perlu risau mengenai keselamatan barangan kelengkapan bayi yang dijual di Baby World kerana produk yang ditawarkan melalui saringan khas dan bebas bahan kimia berbahaya serta diiktiraf pihak berkuasa berkaitan.

Senarai Kelengkapan Bayi

1. Pakaian Bayi

- Baju lengan pendek

- Baju lengan panjang

- Seluar pendek

- Seluar panjang

- Barut

- Sarung kaki

- Sarung tangan

- Kain bedung

- Topi

2. Lampin

- Lampin pakai buang

- Lampin kain moden

- Pelapik lampin

- Tisu basah

- Alas atau tikar tukar lampin

- Beg lampin

3. Set Mandian

- Besen mandi

- Tuala

- Tuala muka

- Cecair sabun mandian

- Syampu

- Span

4. Penjagaan Bayi

- Losen

- Minyak bayi

- Bedak

- Sikat atau berus rambut

- Minyak telon

- Pemotong kuku

- Kapas muka

- Putik kapas

- Krim ruam lampin

- Termometer digital

- Ubat cair Gripe Water untuk kembung perut

- Sabun khas untuk cuci pakaian bayi

5. Set Tidur

- Tilam

- Bantal

- Bantal peluk

- Cadar

- Selimut

6. Set Penyusuan Susu Formula

- Botol susu bebas bahan kimia BPA

- Puting susu

- Berus cuci botol susu

- Bekas simpan susu formula

- Termos air panas

- Bekas air kosong

- Alat steril botol susu

Disiarkan pada: September 12, 2017 @ 11:42am
d