hati

Rambut refleksi tahap kesihatan

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Rambut cantik bersinar biasanya sering meninggalkan tanggapan baik, oleh itu penjagaan rambut yang betul adalah penting.

Baru-baru ini, Watsons melancarkan pesta rambut terbesar di One Utama Petaling Jaya, Pesta Pesona Rambut Watsons bermula pada 29 Ogos dan berakhir 3 September lalu. Menerusi kempen itu, pelbagai tip penjagaan, rawatan dan penggayaan rambut oleh pakar.

Pengurus Besar dan Ketua Negara Watsons Malaysia Caryn Loh berkata, kita sering menjadikan rambut sebagai refleksi kepada identiti sendiri kerana ia milik peribadi dan dilihat di khalayak ramai.

Katanya, ramai wanita berasakan rambut yang tidak terurus akan menjadikan rutin harian berserabut, oleh itu, kunci untuk mendapat rambut yang sempurna ialah mengamalkan tabiat penjagaan rambut.

“Setiap wanita boleh memiliki rambut sihat, cantik dan bersinar sekiranya mereka menggunakan produk yang betul dan mengamalkan rutin penjagaan yang betul.

“Di Watsons, kami sering menawarkan produk kecantikan terbaik dari hujung rambut ke hujung kaki, oleh itu kami bekerjasama dengan hanya jenama terbaik dalam membantu pelanggan yang dihargai melalui slogan Nampak Bagus, Rasa Bagus,” katanya.

Menurutnya, pelbagai jenama penjagaan rambut terkemuka tersedia di semua kedai Watsons di negara ini sekali gus menjadi pusat sehenti untuk mendapatkan semua produk penyelesaian penjagaan rambut.

Beliau menjelaskan, jenis rambut orang Asia adalah yang paling tebal dan kuat, berbanding jenis rambut dari rantau lain di dunia tetapi ia juga mudah rosak disebabkan terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari hingga menyebabkan masalah rambut kusut dan kering.

“Oleh itu, rambut orang Asia memerlukan rutin penjagaan rambut yang tertentu. Perlu juga diketahui kesihatan rambut juga refleksi yang kuat terhadap tahap kesihatan umum seseorang. Ia adalah petanda sama ada tubuh anda menerima dan menyerap sejumlah vitamin dan khasiat yang sepatutnya untuk mendapat kelihatan yang baik. Tidak diragukan lagi memiliki rambut yang cantik juga dapat meningkat tahap keyakinan seseorang,” katanya.

Pada program itu, pelanggan turut menikmati potongan harga istimewa, tawaran promosi untuk pembelian termasuk penjagaan rambut dan tip penggayaan rambut. Malah pengunjung juga diajar teknik penjagaan kulit kepala, penggayaan warna rambut dan penjagaan rambut lelaki.

Bad Lab antara jenama yang menawarkan khidmat memotong rambut pantas percuma untuk sebarang pembelian produk jenama itu.

Disiarkan pada: September 14, 2017 @ 10:58am
d