hati

Lasak siang dan malam

Oleh Siti Zarinah Sahib

Tanpa mengira apa juga situasi, jejaka tidak sepatutnya berkompromi dari segi keselesaan semata-mata untuk bergaya. Bagi mereka yang gemar memakai denim pasti merasai perbezaan apabila menggayakan celana khaki. Selain fabrik berkualiti padanan ini juga sesuai dikenakan bukan saja ke pejabat, tetapi acara santai.

Sebagai peneraju dalam pakaian khaki, Dockers cukup dikenali dengan busana kemas dan meyakinkan membabitkan koleksi kemeja-T, kemeja, jaket serta rangkaian seluar khaki yang bermutu dan menyerlah.

Untuk padanan khaki terbaik, Signature Khaki Dockers adalah pilihan paling tepat. Direka untuk penampilan siang dan malam serta tahan lama selepas basuhan demi basuhan. Menampilkan prestasi regangan dan ikatan pinggang individu yang mengembang sehingga satu inci, ia menjanjikan keselesaan sepanjang hari.

Selain itu, koleksi Smart 360 Flex Dockers, Alpha Khaki dan Clean Khaki turut memberikan keselesaan berganda kepada si pemakainya. Sama ada dipadankan dengan kemeja atau jaket kedua-duanya menjadi tarikan untuk digayakan ke pejabat.

Memiliki rangkaian butik hampir di seluruh Malaysia, baru-baru ini Dockers melancarkan butik terbaru di pusat beli-belah Isetan, The Gardens Kuala Lumpur dengan memperkenalkan kempen Always On.

Kempen ini disifatkan sebagai penggerak inspirasi untuk semua lelaki bagi mengukuhkan jenama ini. Sasaran utama adalah memastikan setiap jejaka tidak hanya bergaya untuk acara istimewa, Always On berkait rapat dengan keyakinan dan menggunakan padanan Dockers bagi mencipta kelainan dalam penggayaan.

Menurut Pengurus Negara Levis Strauss Malaysia Imran Butt, konsep malar segar yang ditampilkan ini membolehkan pengguna bersedia dengan pakaian Dockers untuk apa jua acara.

“Kami mahu memastikan pakaian kami sesuai dipakai dalam apa jua keadaan sama ada bertemu ketua, mempersembahkan pelan projek pada saat akhir atau temu janji dengan wanita idaman hati,” kata Imran.

Butik terbarunya ini menawarkan ruang premium kepada pelanggan supaya boleh memilih padanan dalam suasana santai dan selesa. Menerusi rekaan dalaman butik yang segar dan moden, pengunjung boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih selesa apabila setiap produk diletakkan di tempat yang memudahkan pelanggan melihat dan memilih.

Untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, butik ini dilengkapi dua bilik mencuba pakaian dan ruang menunggu. Pelanggan dapat melihat gaya mereka dalam persekitaran cahaya berbeza supaya mudah memadankan baju atau seluar yang tepat untuk acara tertentu.

Disiarkan pada: September 30, 2017 @ 8:45am
d