hati

Perlindungan untuk individu berisiko

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Masalah kolesterol, darah atau Indeks Jisim Badan (BMI) yang tinggi, kerap menimbulkan tanda tanya kepada kelompok yang mahu membeli pelan perlindungan insurans untuk diri dan keluarga.

Besar kemungkinan, tiga tahap tinggi (3H) ini boleh membantutkan hasrat kebanyakan daripada kita untuk mendapatkan polisi perlindungan terbaik.

Allianz 3H Cover Allianz Life Insurance Malaysia Berhad menawarkan bantuan kepada individu yang terperangkap dalam dilema 3H untuk menaik taraf kualiti hidup mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, Joseph Gross berkata, menerusi Allianz 3H Cover dan rider 3H Critical Cover, mereka yang mempunyai masalah 3H boleh mendapatkan pelan perlindungan sehingga berumur 85 tahun bagi empat penyakit kritikal iaitu serangan jantung, strok, kanser dan kegagalan buah pinggang, kematian serta hilang keupayaan kekal dan menyeluruh (TPD) sebelum umur 65 tahun.

“Bukan mudah untuk mendapatkan perlindungan insurans sekiranya anda dalam keadaan 3H. Besar kemungkinan permohonan akan ditolak secara langsung oleh penanggung insurans. Masalahnya cukup jelas dan itulah sebabnya kami mengeluarkan Allianz 3H Cover,” katanya.

Mengambil kira BMI sebagai salah satu daripada ‘3 Tahap Tinggi’, Allianz 3H Cover bukan sahaja menggalakkan kesihatan yang baik tetapi juga kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.

“Kami mahu memberi peluang kedua kepada warga Malaysia yang mahu membina kehidupan yang lebih baik, dengan perlindungan sewajarnya.

“Sebagai syarikat insurans, perlindungan adalah perniagaan kami. Tetapi, kami juga mahu turut serta membantu rakyat negara ini meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Kami ingin membina rangkaian kesihatan yang mengubah kehidupan dan pemikiran orang ramai ke arah meningkatkan kesihatan mereka,” katanya.

Sebagai insentif tambahan, Allianz 3H Cover turut menawarkan Perlindungan Tambahan Percuma di mana pelanggan akan menerima peningkatan 50 peratus untuk kematian dan perlindungan TPD, peluang menaik taraf pelan penyakit kritikal kepada pelan 36 penyakit kritikal yang menyeluruh serta komprehensif sekiranya masalah 3H mereka kembali normal.

“Allianz Malaysia turut bekerjasama dengan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, Columbia Asia, Pantai Hospital, Hospital Gleneagles dan Nestle Omega Plus dalam membina ekosistem yang melindungi, mendidik serta memelihara rakyat Malaysia.

“Hospital ini akan mengadakan ceramah kesihatan mengenai topik berkaitan kesihatan jantung dan bagaimana mengurus kesihatan jantung. Sementara advokasi kesihatan jantung Nestle Omega Plus pula memainkan peranannya dalam membina masyarakat yang sihat.

“Kami mahu orang di luar sana mengetahui bahawa sebagai sebahagian daripada ekosistem ini, mereka perlu berjanji dengan diri mereka sendiri dan keluarga untuk tidak membiarkan penyakit menguasai kehidupan jangka panjang.

“Mereka mungkin menghadapi masalah dalam mengubah diet atau gaya hidup, tetapi perubahan tidak berlaku dalam masa yang singkat. Perubahan adalah komitmen yang berkembang dari semasa ke semasa dan kami akan memulakan perjalanan bersama anda,” katanya.

Disiarkan pada: October 26, 2017 @ 2:45pm
d