hati

Sentuhan gaya Scandinavia

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Jenama sukan global Puma bersama jenama fesyen jalanan mewah Denmark, Han Kjobenhavn kini bersatu sebagai rakan kongsi kolaborasi baru untuk musim luruh dan sejuk 2017.

Kesederhanaan dan kefungsian menjadi asas dalam reka bentuk Scandinavia dan Han Kjoenhen yang membawanya ke peringkat luar biasa.

Pengasas dan Pengarah Kreatif Jannik Davidsen berinovasi dengan ekspresi kontemporari dan kecintaan terhadap tanah kelahirannya di Copenhagen, Denmark.

Untuk koleksi ini, Davidsen menyalurkan elemen tempat membesarnya, sukan tempatan dan seni bina pinggir bandar sebagai inspirasi dengan matlamatnya untuk memberi kejutan khususnya dalam menghasilkan padanan fesyen menggunakan campuran bahan yang tidak dijangka seperti rayon, jersi dan twill.

Koleksi kasut menghidupkan warna cerah, berseri yang juga segar dan nostalgia. Benang bulu ringan memberi penghormatan kepada kot trench ikonik yang dipakai di stadium bola sepak tempatan.

Puma dan Han Kjˉbenhavn mengetengahkan arkib Puma dan gaya progresif baru pada musim ini, dengan lancar menggabungkan sukan dan fesyen.

Pengarah kreatif memberikan sentuhannya kepada klasik terkenal dengan Puma x Han Kjˉbenhavn Clyde Stitched, menyegarkan siluet dengan rupa baru, topi kulit premium yang dijahit pada rangkanya, sambil menambah sentuhan gaya Scandinavia yang canggih.

Koleksi ini juga memaparkan gaya progresif baru Puma, Tsugi Kori, dalam kolaboratif baru. Gaya berani dan futuristik digabungkan dengan bahan mewah dan rona lembut.

Memperluaskan koleksi pakaian termasuk busana yang dibuat dari fabrik dan bahan premium dan mewah.

Kot trench diilhamkan oleh kot ikonik yang pernah memenuhi teras bola sepak Copenhagen, kot bulu dengan sulaman perkataan Puma x Han Kjˉbenhavn.

Dengan cuaca dan seni bina Denmark, Han Kjˉbenhavn memasukkan inspirasi ke dalam baju panas dengan binaan fabrik tiga lapis penebat premium. Padanan kontra sulaman Puma x Han Kjˉbenhavn dan zip emas menamatkan gaya ini dengan rekaan premium.

Terdapat beberapa tema dalam koleksi ini antaranya, warna lembut dan bahan kelas atas. Melengkapkan koleksi adalah beg sandang yang memiliki watak bersih dan nostalgia.

Tali pelbagai guna membolehkan siluet serba boleh ini dipakai sebagai beg galas atau beg membeli-belah. Butiran terperinci seperti poket bulu yang dibarisi bulu dan lekapan logam pada dua tali memberi jaminan untuk memastikan kaca mata anda selamat dalam apa jua keadaan.

Topi beanie pula diilhamkan oleh beanie nelayan ikonik dari Nordics, dengan kemasan ribet tambahan lembut dan lapisan jersi untuk keselesaan dan kehangatan.

Disiarkan pada: November 11, 2017 @ 10:56am
d