hati

Cabaran 'menarik' keju

Oleh HM Digital

Keju yang ditarik panjang begitu sinonim dengan piza. Diinspirasikan oleh penggemar keju, Cheese Tarik Crust membuktikan bahawa keju yang lebih banyak sememangnya lebih menarik.

Produk baru itu bukan saja dicipta dengan penuh teliti, malah ia menggunakan keju mozarela berkualiti tinggi seiring dengan usaha Domino’s untuk terus memperkenalkan sensasi keju yang lebih enak dan konsisten dalam setiap sajian.

Pengurus Besar Kanan Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree berkata, bersumberkan seni keju artisan, pembuat piza jenama itu menggunakan teknik khas untuk membuat kerak piza dan berjaya menghasilkan kerak yang paling berkeju.

“Kami gembira dapat memperkenalkan menu baru ini. Elemen kesenian dan kasih sayang dicurahkan ke dalam penciptaan kerak piza terkini seiring dengan inspirasi daripada teknik pembuatan keju.

“Kerak ini dihasilkan khusus bagi peminat keju. Kami gembira dengan penciptaan faktor ‘tarik’ ini dan percaya ia memberi pengalaman menikmati piza yang unik untuk pelanggan kami,” katanya.

Ujarnya, dalam mencari rasa keju yang enak, menu baru itu mengetengahkan rasa keju cheddar yang terletak di dalam kerak ditabur dengan parmesan, kemudian dibakar sempurna.

Dihasilkan secara segar bagi setiap pesanan dengan hidangan keju cheddar, cairan keju ini meleleh keluar daripada kerak rangup sekali gus memberikan tekstur yang lembut serta boleh ditarik, membuatkan anda ingin menariknya dengan lebih tinggi lagi.

Bagi memberi pelbagai pilihan, ia juga boleh didapati dengan mozarela Cheese Tarik asli, yang sebelum ini dikenali sebagai Extreme Edge Crust.

Ia boleh didapati dalam saiz sederhana atau besar dan boleh dinikmati dengan semua perisa piza. Boleh juga memesan dua Pizza Deal dengan keju tambahan dalam talian dan naik taraf kepada Cheese Tarik Crust untuk menikmati Stuff Cheddar Bites secara percuma pada setiap Selasa sebagai tambahan kepada tawaran Super Tuesday.

Bukan itu saja, untuk mengekalkan kelazatan keju, Pizza’s Cheesy Four yang mengandungi empat hidangan sampingan turut diperkenalkan.

Kombinasi keju dalam satu sajian yang sesuai untuk dikongsi itu dilengkapi dengan Garlic Cheese Onion Rings, Cheesy Cheddar Stix, Stuffed Cheddar Bites dan Crazy Chicken Crunchies (Perisa Tom Yam) dengan keju celup.

Bersempena dengan pelancaran produk terbarunya, Domino’s menganjurkan cabaran Cheese Tarik Malaysia. Cabaran yang menyeronokkan dan mudah ini bertujuan melihat sejauh mana anda boleh ‘menarik’ keju Cheese Tarik Crust.

Untuk menyertai peraduan berkenaan yang bermula dari 27 November hingga 24 Disember itu, ambil sekeping gambar keju yang ditarik dalam gaya paling kreatif dan muat naik di Facebook, Instagram atau Twitter.

Pemenang mingguan akan dimaklumkan menerusi laman web dan berpeluang membawa pulang bekalan piza untuk sepanjang tahun. Bagi setiap cabaran yang berjaya, jenama itu akan menyumbang sekotak piza yang untuk dimasukkan dalam program inisiatif komuniti hujung tahunnya.

Disiarkan pada: December 1, 2017 @ 12:24pm
d