hati

Rekaan santai warna ceria

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Hampir tiga dekad lalu, tiga pereka berpusat di Belgium menemui kain nilon berkedut, lalu lahir jenama Kipling.

Dinamakan sempena Rudyard Kipling yang juga penulis buku Jungle Book, monyet yang penuh semangat dalam kisah itu menjadi inspirasi utama produk Kipling.

Bermula daripada itu terhasilnya pelbagai rekaan beg tangan, beg galas, bagasi dan aksesori berwarna-warni yang dicipta khusus untuk wanita.

Setiap rekaannya santai, penuh gaya, riang dan ceria yang sesuai untuk pelbagai gaya serta penampilan mengikut cita rasa masing-masing.

Terbaru, sempena kedatangan perayaan Krismas ini, Kipling menghasilkan rangkaian koleksi beg terbaru yang direka dengan penuh ketelitian untuk mendapatkan impak memukau kepada pemakai.

Koleksi terbaru itu dihasilkan dengan warna ceria yang bakal melengkapkan lagi keriangan sambutan Krismas.

Tanpa mengira usia, beg Kipling sesuai digayakan untuk pelbagai acara juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada yang tersayang.

Semua koleksi dijual bermula dengan harga RM159 hingga RM839.

Disiarkan pada: December 2, 2017 @ 9:42am
d