hati

Bersiap sepantas 2 minit

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Wanita bergelar ibu terutama yang mempunyai anak kecil sering berdepan masalah kekurangan masa untuk bersolek dan bersiap yang akhirnya membantutkan keinginan wanita itu untuk tampil bergaya.

Namun dengan tiga langkah mudah iaitu sarung, kemaskan dan siap yang mengambil masa dua minit saja, segala masalah dapat diselesaikan dengan mudah.

Koleksi selendang segera Medina Queen Printed daripada Anies Iman Scarf mampu membantu setiap Muslimah untuk bergaya dalam masa singkat.

Menurut pengasasnya, Nurul Hanis Isman, koleksi itu antara koleksi terbaik jenamanya sejak diperkenalkan dua tahun lalu kerana rata-rata pelanggan berpuas hati dengan kualiti selendang itu.

“Konsepnya yang hanya sarung sekali dan bahagian muka tidak melekap di dahi antara sebab selendang ini sangat digemari.

“Bagi sesetengah tudung, apabila anak kecil mula menarik tudung, lilitannya akan rosak, pin tercabut dan bahagian atas muka tidak lagi terbentuk namun ia berbeza dengan koleksi ini yang mudah dikemaskan semula walaupun berkali-kali ditarik,” katanya.

Menurutnya, selendang ini juga memberi ilusi wajah yang runcing kepada pemakai disebabkan bahagian muka yang tidak melekap di dahi.

“Jenis kainnya yang lembut, sejuk, senang digosok dan mudah dibentuk memberikan keselesaan walaupun dipakai sehari suntuk.

“Kami menjual koleksi ini pada harga RM59 sehelai juga terdapat harga kombo untuk dua helai iaitu hanya RM110,” katanya.

Tambahnya, selendang ini mempunyai 24 corak dan didatangkan dalam saiz L iaitu dengan ukuran 1.8 meter panjang dan 0.7 meter lebar yang menutupi bahagian dada.

Disiarkan pada: December 9, 2017 @ 12:00am
d