hati

Kulit tegang, pudarkan parut jerawat

Oleh HM Digital

Kulit kendur, berat badan naik mendadak dan kulit wajah kusam antara masalah dialami setiap wanita selepas bersalin.

Ia membuatkan golo­ngan itu mula runsing untuk mendapatkan kembali bentuk badan diidamkan.

Menggunakan pengalamannya sebagai bidan yang banyak berdepan dengan pelbagai masalah wanita, pengasas Effenzee Myracle Lotion Zuriati Mohd Jadi baru-baru ini melancarkan produk Effenzee Myracle Lotion bagi membantu mengatasi pelbagai masalah wanita.

Menurut Zuriati, losen itu membantu juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah bau badan.

“Losen ini juga dapat menjadikan kulit lebih tegang dan membantu memudarkan parut jerawat,” katanya.

Katanya, dengan kandu­ngan minyak jojoba, argan, zaitun, kolagen dan vegatol ivy, losen ini selamat digunakan oleh semua peringkat usia termasuk bayi.

“Produk yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijual pada harga RM99 namun sempena pelancaran ini kami memberi diskaun kepada pelanggan iaitu hanya RM79,” katanya.

Menurutnya, penggunaan losen itu juga amat mudah kerana hanya perlu disapu pada bahagian bermasalah secara konsisten untuk mendapatkan hasil diidamkan.

Disiarkan pada: December 13, 2017 @ 3:36am
d