hati

Siakap radprik pikat selera

Oleh Siti Zarinah Sahib

Masakan Thailand seperti tomyam menjadi kegemaran di merata dunia disebabkan keistimewaan yang menggabungkan rasa manis, masam, masin dan pedas dengan seimbang.

Hidangan enak ini juga mengandungi rempah dan herba yang bukan sahaja terkenal aromanya, tetapi mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan. Lengkuas, serai, daun limau purut dan ketumbar berfungsi membuang angin dalam badan dan mengatasi rasa pening. Disebabkan rasa dan aromanya yang memikat, masakan Thai sering menjadi pilihan kebanyakan keluarga untuk ‘makan besar’.

Menurut pemilik restoran Lazathai Mohd Mazlan Baharuddin dan isteri, Nurhayati Md Rais, kebanyakan pelanggan menggemari menu nasi phad kra paw, kari hijau ayam atau daging, phadthai kue tiau, phadpet masakan daging berempah, nasi khaomok dan istimewa nasi goreng Lazathai yang dihidang bersama prik nam pla, sejenis sos popular dari Thailand.

“Rasa dan bahan digunakan membezakan satu menu dengan yang lain. Aroma yang enak boleh memikat selera pelanggan apatah lagi bagi datang bersama keluarga,” katanya.

Salah satu hidangan yang mendapat perhatian adalah siakap radprik yang mudah disediakan. Penggunaan sos ikan menjadikan hidangan ini berbeza dengan masakan siakap lain. Bagi yang mahu menghidangkan sajian istimewa buat keluarga, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

Disiarkan pada: December 15, 2017 @ 1:43am
d