hati

Souffle telur mudah disediakan

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Makanan boleh menjadi penawar atau racun kepada kesihatan, bergantung kepada jenis dan amalan pemakanan setiap orang.

Bagi mereka yang mahu mengubah gaya pemakanan, tetapi tidak sanggup ‘menggadaikan’ rasa dalam hidangan, pelbagai resipi sihat boleh dicuba.

Sebenarnya, tidak sukar menyediakan menu makanan sihat, tapi masih enak dinikmati seisi keluarga. Kebiasaannya, stigma masyarakat terhadap makanan sihat hanyalah berkisar mengenai sayuran mentah, rasa tawar dan kurang menarik.

Hakikatnya, menyediakan resipi sihat juga amat menarik kerana selain mudah, bahan yang digunakan juga kebiasaannya sedia ada di rumah.

Bergantung kepada kreativiti masing-masing untuk menjadikan hidangan indah dipandang dan membangkitkan selera, asalkan ada kemahuan pasti matlamat untuk menjadikan gaya hidup sihat dapat direalisasikan.

Pemilihan makanan sihat bukan saja membantu anda mengawal kalori yang diambil setiap hari, malah mungkin terhindar daripada pelbagai penyakit bahaya disebabkan pemakanan tidak sihat.

Jika dulu hidangan seperti nasi lemak, roti canai, makanan segera, kuih muih manis dan bergoreng menjadi santapan setiap pagi, tiba masa anda mula mengubah rutin dengan memasak sarapan sendiri yang ringkas, tapi menyihatkan.

Berikut bahan dan cara penyediaan hidangan souffle telur yang boleh dicuba sendiri di rumah yang disediakan Zuraima Mohd Ismail.

Bahan

• 2 biji telur

• 1 sudu kecil minyak zaitun

• 1/2 biji lada benggala merah

• Segenggam kecil daun bayam

• Garam dan lada hitam

Disiarkan pada: December 28, 2017 @ 3:42pm
d