hati

Bento ringkas bekal ke sekolah

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Baru seminggu sesi persekolahan 2018 bermula. Percaya atau tidak, masih ramai kaum ibu yang berusaha gigih untuk menyesuaikan diri dengan rutin baru.

Perbezaan ketara boleh dilihat dalam kalangan ibu yang pertama kali menghantar anak ke tadika atau yang mempunyai anak bersekolah di tahun satu atau tingkatan satu.

Ketika ini, menyediakan keperluan pakaian dan kelengkapan sekolah tidak lagi menjadi masalah. Sebaliknya perkara yang perlu diberi perhatian adalah masa untuk menyediakan bekalan makanan.

Walaupun golongan ibu boleh bergantung harap kepada sajian di kantin, namun ia pasti menelan belanja bulanan yang besar jika bilangan anak bersekolah melebihi dua orang.

Itu belum termasuk duit belanja sekolah bagi sesi petang, kelas tuisyen, mengaji, aktiviti kokurikulum dan sebagainya.

Justeru, penyelesaian kewangan paling bijak adalah dengan menyediakan bekal atau bento. Selain berjimat-cermat, ibu juga pasti senang hati apabila anak-anak diberi makanan sihat, selamat dan diyakini bersih.

Usah terlalu bimbang dengan masa penyediaan makanan. Sekiranya bahan masakan dapat disediakan lebih awal atau dibahagikan terus mengikut kuantiti hendak dimasak pada hujung minggu, sudah pasti tugas di dapur menjadi lebih lancar dan mudah.

Seperkara lagi, jangan mudah terpengaruh kepada resipi sajian bento yang merumitkan. Memadai dengan menyediakan hidangan ringkas dan berkhasiat serta menepati selera anak-anak.

Sebagai permulaan, mahirkan diri dengan resipi yang memerlukan bahan asas ringkas seperti bawang putih, garam, lada sulah, ayam atau ikan dan sayur-sayuran. Berikut resipi sihat bento ayam ala teppanyaki bersama sayur. Masa penyediaan adalah kurang 15 minit!

Bahan-bahan

• 3 ulas bawang putih

• 2 sentimeter halia

• 400 gram ayam

• 1/2 cawan lobak merah

• 1/3 cawan daun bawang

• Bawang goreng

• Garam secukup rasa

• Tomato ceri untuk hiasan

Cara-caranya:

Disiarkan pada: January 5, 2018 @ 10:52am
d