hati

Mesra cuaca Malaysia

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Sesuai digayakan lelaki terkini untuk bersantai dan beriadah dalam gaya ringkas, jenama tempatan EAclo tampil dengan koleksi kemeja-T polos.

Didatangkan menggunakan material berkualiti dan amat sesuai dengan cuaca di Malaysia menjadikan koleksi ini antara yang perlu dimiliki setiap individu.

Pengasas EAclo Emi Abdullah berkata, dengan potongan yang kemas di bahagian dada dan badan nyata memberikan gaya serta keselesaan kepada pemakai.

“Koleksi ini juga boleh digayakan dengan padanan jaket atau kemeja bercorak bagi mendapatkan gaya lebih kasual.

“Penggunaan warna yang sederhana selain mengikut rekaan terkini pastinya melengkapkan lagi gaya dan ketampanan jejaka,” katanya.

Emi berkata, koleksi kemeja-T itu dijual dengan harga mampu milik RM35 sehelai atau promosi tiga helai dengan harga RM75.

“Walaupun tampak ringkas, pemakai pasti berpuas hati dengan keselesaan yang dirasa ketika menyarung koleksi ini.

“Hakikatnya kebanyakan lelaki lebih gemar sesuatu yang mudah dan ringkas menyebabkan saya yakin koleksi ini mampu menepati cita rasa ramai,” ujarnya.

Disiarkan pada: January 6, 2018 @ 9:35am
d