hati

Manfaat ekstrak bunga sakura

Oleh HM Digital

Memiliki kulit cantik dan sihat adalah impian setiap wanita, oleh itu berbagai cara dilakukan untuk mendapatkannya. Selain mengamalkan makanan yang baik untuk kecantikan kulit, pengambilan makanan tambahan juga dapat membantu mencapai impian untuk mendapatkan kulit sempurna.

Menyedari kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga kulit dari dalam, pengasas Jus Elisse Nor Hana Syuhada Muhammad Yusup tampil menghasilkan jus yang diperkaya dengan ramuan penting untuk kulit.

Katanya, produk itu menggunakan ekstrak bunga sakura yang dipercayai mengandungi banyak manfaat kecantikan malah kajian membuktikan kebolehan bunga itu dalam membantu merawat, menganjal dan memperbaiki tona warna kulit.

Gabungan ekstrak sakura, vitamin C dan HA dalam jus itu turut membantu melembapkan kulit hingga ke lapisan bahagian paling dalam, membantu mencerahkan kulit wajah, memudarkan bintik hitam dan membuat wajah tampak cerah.

”Formula ini juga sesuai untuk kulit sensitif. Ini kerana kandungannya dihasilkan daripada hanya bahan yang terbaik saja dan selamat diminum oleh setiap lapisan masyarakat,” katanya.

Disiarkan pada: January 10, 2018 @ 12:29pm
d