hati

Inspirasi kejayaan daripada personaliti

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Setiap individu mempunyai impian hidup, baik yang ber­usia mahupun golongan belia semuanya mengimpikan untuk melakar kejayaan terutama bagi mengubah nasib diri dan keluarga.

Dengan 50 peratus lebih nutrien berbanding susu biasa, susu tepung dewasa terkemuka di Malaysia, Anlene kini membolehkan setiap rakyat Malaysia melangkah lebih jauh dan mencapai apa yang diimpikan setiap hari.

Kempen terbaru jenama itu, #KitaLebihLagi berganding bahu bersama selebriti terkemuka tanah air seperti Stacy Anam, Noh Salleh, Shalma Ainaa dan Aidid Marcello bagi menggalakkan rakyat negara ini melangkah berani dengan kisah hebat daripada personaliti yang memberi inspirasi terutama untuk golongan yang terpaksa berdepan pelbagai cabaran hidup.

Menurut Pengarah Pembangunan Produk Baru, Saintifik dan Ehwal Kawal Selia Fonterra Brands Malaysia Megawati Suzari, Anlene dengan formulasi MoveMax memberikan 50 peratus lebih nutrien berbanding susu biasa.

“Ia kaya kalsium, kolagen dan protein bagi membantu anda mendapatkan pencapaian yang lebih baik setiap hari. Kami tidak mahu sekadar menyediakan kebaikan khasiat susu yang biasa kerana bagi kami Anlene mampu memberikan lebih daripada yang diperlukan.

“Seperti yang ditekankan dalam kempen kami, Anlene adalah susu untuk golongan dewasa masa kini yang ingin mencapai dan melakukan sesuatu dengan lebih lagi! Berdasarkan kandungan nutrisinya, ia diyakini mampu menyokong keperluan harian anda,” katanya.

Menurutnya, setiap individu perlu menjaga tulang, sendi dan otot untuk mendapat kesihatan dan mampu menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.

Mengulas lanjut mengenai kempen itu, Megawati berkata, kempen ini memberi inspirasi kepada setiap rakyat Malaysia supaya melakukan segalanya dengan bersungguh-sungguh.

Antara contohnya adalah Stacy Anam, pada usia 27 tahun, dia berjaya meraih kejayaan yang menjangkaui kebanyakan individu seusia dengannya.

Stacy berjaya mengeluarkan empat album, tercalon dalam pelbagai anugerah seni tempatan dan menerima sijil pengiktirafan sebagai ikon belia daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Pada masa sama, Stacy juga adalah ibu kepada dua orang anak perempuan turut memulakan perniagaan kosmetik e-dagang!

Penyanyi itu memulakan kariernya seawal usia 18 tahun selepas menjuarai pertandingan realiti Astro, Akademi Fantasia. Malah, Stacy mula menyanyi secara profesional pada usia 17 tahun demi membantu keluarganya.

Menurut personaliti kelahiran Sabah itu, Anlene memberikan nutrien penting bagi golongan sepertinya yang sering melakukan sesuatu di luar jangkaan.

“Ia juga memberikan saya kekuatan dan ketahanan yang diperlukan terutama ketika berlatih vokal dan bersenam sambil menjalankan tugas sebagai ibu,” katanya.

Stacy tidak keseorangan, seorang lagi artis tempatan, Noh Salleh yang juga penyanyi utama Hujan, tidak membiarkan dirinya dikong­kong dan kekangan yang akan membataskan aktiviti hariannya.

Walaupun sudah dikenali ramai dengan kariernya dalam arena muzik rock, Noh inginkan lebih daripada itu.

Menjangkaui karier muziknya, personaliti berusia 32 tahun ini gemar menyumbang sesuatu yang bermakna kepada masyarakat, terutama kepada golongan belia.

Masih segar di ingatannya, kesukaran kala menceburi industri dulu, kumpulannya dibayar dengan begitu rendah bagi satu persembahan sehinggakan anggotanya cuma mampu makan roti canai saja.

Disebabkan pengalamannya itu, personaliti kelahiran Miri ini membuka kafe iaitu Sanjuro Cafe di Kuching, Sarawak yang bukan saja menawarkan makanan yang enak, malah menyediakan pentas bebas bagi anak-anak muda untuk menunjukkan dan menampilkan bakat mereka.

Noh komited dalam meng­aspirasikan golongan muda untuk menjadi versi diri mereka sendiri dengan lebih baik. Kesihatan yang baik membolehkan Noh untuk mencapai lebih lagi daripada kariernya.

Melompat di atas pentas bersama Hujan, mempromosikan album solonya, menguruskan perniagaan yang menggabungkan makanan lazat dengan persembahan golongan muda dan berjoging jarak jauh bersama peminat mudanya memerlukan dirinya sentiasa berada dalam kesihatan terbaik.

Inilah sebabnya Noh menyarankan Anlene sebagai sumber minuman yang baik bagi mereka yang ingin mencapai lebih matlamat dan kejayaan dalam hidup Tambah Megawati, kisah selebriti ini membuktikan dengan kesungguhan dan kekuatan segalanya dapat dicapai.

“Kami berharap kisah mereka dapat menggalak dan memberikan sema­ngat kepada setiap rakyat Malaysia untuk mencapai dan menjadi lebih lagi dan Anlene akan membantu dalam perjalanan mencapai impian itu. Capailah impian anda sambil menjaga tulang, sendi dan otot,” ujarnya.

Ingin menjadi lebih lagi? Dapatkan nutrisi yang disediakan khas untuk membantu setiap individu mencapai lebih lagi. Anlene MoveMax boleh didapati dalam pek susu tepung, UHT dan yogurt di cawangan utama di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Anlene dan kisah inspirasi personaliti #KitaLebihLagi, layari laman Facebook Anlene Malaysia di www.facebook.com/AnleneMalaysia dan laman web www.anlene.com.my

Disiarkan pada: January 12, 2018 @ 12:10pm
d