hati

Bekas makanan, botol minuman mesra alam

Oleh HM Digital

Kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penggunaan bekas makanan dan botol minuman selamat dan mesra alam semakin meningkat berikutan pendedahan bahaya bahan terlarang yang terkandung seperti Bisphenol-A (BPA) dalam kebanyakan produk itu.

Jenama botol air BROS tidak terkecuali dalam memastikan setiap produknya menepati piawaian dan diuji selamat untuk pengguna.

Terbaru, jenama itu memperkenalkan koleksi inovatif VASO, siri botol kaca dengan 12 rekaan unik, 100 peratus bebas BPA kerana diperbuat daripada kaca borosilikat, bahan yang diklasifikasikan sebagai ‘Generally Regarded as Safe’ (GRAS) oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat.

Sesuai untuk pengguna yang gemarkan rekaan kontemporari dan material yang berbeza, VASO antara pilihan untuk terus kekal hidrat sepanjang masa.

Koleksi itu mempunyai rekaan kemas serta fungsi estetika kini menambah sentuhan yang mempesona dan menjadi pilihan penuh cita rasa untuk pengguna.

Sentiasa komited dalam menghasilkan botol yang mesra alam, boleh dikitar dan diguna semula, koleksi terbaru itu boleh didapati dalam enam tema menarik, Bros Classic, Daily Wisdom, Fairytales, Mermaide Fantasy, Cool Critters dan Soothing Flora.

Botol kaca terbaru ini juga tahan kalis daripada bahan kimia dan haba sehingga 95 darjah Celsius serta tahan lebih lama berbanding jenis kaca yang lain.

Bagi menghindari risiko melecur mengisi air yang terlalu panas tidak digalakkan atau pengguna boleh menggunakan beg botol BROS untuk memegangnya.

Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama BROS, Terence Lee berkata, jenama itu sentiasa berinovasi untuk mencipta pelbagai produk baru kepada pengguna.

Katanya, sebagai pencetus trend dan pengubah gaya hidup pengguna, terdapat ruang dalam pasaran untuk memperkenalkan rekaan botol yang menarik.

“Pada masa sama, kami juga sentiasa memastikan kualiti terbaik bagi setiap produk yang dipasarkan. Malah, terdapat juga aksesori sebagai pelengkap kepada penciptaan botol ini,” katanya.

Disiarkan pada: February 2, 2018 @ 11:08am
d