hati

Menu sihat musim perayaan

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Sambutan Tahun Baru Cina bakal tiba. Apabila ahli keluarga, teman dan rakan berkumpul, sudah tentu pesta makan berterusan tanpa kesudahan. Begitupun, resipi tradisional musim perayaan biasanya mengandungi kadar lemak yang tinggi dan rendah serat baik.

Ayam Brand berbangga memperkenalkan sembilan resipi musim perayaan yang lebih sihat. Resipi ini mengandungi kebaikan Omega 3 dan kalsium daripada ikan tuna dan sardin, rantaian sederhana trigliserida (MCT) daripada santan kelapa, serat, serta vitamin daripada nanas dan jagung manis.

Himpunan semua bahan dalam resipi ini turut mencipta simbolik kerana ikan (sebutannya bahasa Cina) kedengaran seperti kemewahan, nanas (kemakmuran sudah tiba), kelapa (sebutan sama dengan datuk dan anak lelaki yang melambangkan keluarga bersatu) serta jagung manis (pertumbuhan).

Sebagai jenama warisan selama 126 tahun, Ayam Brand cukup memahami aspek budaya dan masakan. Pada masa sama, jenama ini komited mempromosikan hidangan alternatif lebih sihat menggunakan makanan dalam tin keluarannya yang berkualiti tinggi, sihat dan mudah tanpa sebarang bahan awet serta MSG tambahan.

Pantas dan mudah disediakan, resipi istimewa kali ini tentu menarik jika dihidangkan di jamuan makan besar atau dijadikan pelengkap sajian ringkas seperti bubur selepas beberapa hari menikmati makanan berat.

Yee Sang tuna adalah satu daripada cara ideal untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga pada jamuan makan malam nanti. Ia bukan saja unik, tetapi berkhasiat dan enak. Pilih Ayam Brand Tuna Chunks in Organic Olive Oil bersama Ayam Brand Mushrooms yang dihiris nipis untuk melengkapkan sajian sedia ada.

Kemudian, gandakan kemewahan hidangan dengan sajian pembuka selera, sardin gulung goreng atau kukus yang menggunakan Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce. Ia mudah disediakan dan cantik ketika dihidangkan. Hidangan pembuka selera ini kaya dengan kalsium dan DHA serta rasa yang mengimbau kembali kenangan lama.

Jangan lupa sediakan juga ladu cendawan daripada Ayam Brand Mushrooms dan Ayam Brand Tuna in Organic Broth! Kemudian, akhiri makan besar dengan pencuci mulut kacang tradisional Cina atau thong sui yang hadir dalam bentuk Mixed Bean Coconut Ice Lollies menggunakan santan jenama sama.

Dalam sibuk melengkapkan meja untuk makan besar, selitkan juga hidangan wajib, tart tanpa perlu bersusah payah mengupas dan memotong nanas. Rasa manis sederhananya elok bagi penjagaan untuk kesihatan lebih baik.

Apapun, mulakan hari pertama Tahun Baru Cina ini dengan smoothie kelapa mangga untuk membantu mencerna hidangan berat yang diambil ketika makan besar, sekali gus mengekalkan tenaga yang diperlukan sepanjang hari.

Untuk hidangan sarapan dan makan tengah hari yang ringan, ambil saja bubur tuna yang mudah dan sedap atau nasi goreng sayur. Menikmati hidangan ketika musim perayaan boleh jadi lebih sihat dan kreatif apabila anda meneroka banyak idea baru. Kebanyakan resipi ini boleh disediakan lebih awal, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk.

Disiarkan pada: February 2, 2018 @ 11:10am
d