hati

Ceriakan suasana rumah kebajikan

Oleh Siti Zarinah Sahib

Tiada yang lebih menggembirakan bagi kanak-kanak kurang berkemampuan dan anak yatim apabila ruang kediaman mereka dihias indah serta diberikan fasiliti baru supaya lebih selesa.

Kediaman dicat dan diberikan pelbagai penambahbaikan menerusi kerja baik pulih siling, lantai, dinding, paip air dan sinki. Sesetengah pengubahsuaian pula membabitkan penukaran seperti mangkuk tandas, pemasangan jeriji pintu untuk keselamatan, membaiki bumbung bocor dan membina gelanggang badminton bagi menggalakkan kanak-kanak lebih aktif apabila berada di rumah.

Perkakasan elektrik seperti kipas, penyaman udara dan mesin basuh turut digantikan, manakala barangan penting seperti cadar, tilam serta langsir disediakan bagi mewujudkan suasana yang lebih selesa.

Sasaran program khidmat sosial yang dijalankan oleh Drypers dengan kerjasama Akemi, Favorita, dan Khind ini bertujuan memperbaharui suasana kediaman beberapa rumah anak yatim.

Tahun ini, Drypers meluaskan sasaran kempen dengan membabitkan dua kediaman di luar Lembah Klang, iaitu Yayasan Amanah An-Nur Maisarah di Chemor, Perak dan Shekinah Care Centre di Seremban, Negeri Sembilan selain dua lagi rumah anak yatim di Lembah Klang iaitu Pusat Jagaan Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan, Kepong dan House of Love di Klang, Selangor. Setiap kediaman menampung 20 hingga 53 kanak-kanak dengan usia penghuni semuda tujuh bulan.

Menurut Pengarah Pemasaran Vinda Marketing (M) Sdn Bhd Evelyn Chan, selaku peneraju utama lampin pakai buang di Malaysia Drypers menaik taraf empat rumah anak yatim bagi menjayakan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan tema berkongsi keselesaan.

Program anjuran Drypers yang kini memasuki tahun kedua, adalah sebahagian daripada inisiatif kebajikan dalam mewujudkan ruang kediaman untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.

Kempen tahunan berkongsi keselesaan ini dilaksanakan dengan pembabitan ibu bapa (pelanggan) yang memilih untuk memberikan sumbangan sama ada menerusi mata ganjaran Drypers Baby Club atau sebagai sukarelawan dalam kerja amal ini.

“Limpahan kasih sayang dan keprihatinan ibu bapa yang menunjukkan kasih sayang mereka terhadap anak ini tidak pernah dilupakan. Kami memperkenalkan kempen ini buat pertama kali pada 2016 dengan hasrat program ini akan mencerminkan nilai Drypers dan menyemai matlamat jenama ini dalam menyediakan keselesaan serta mewujudkan hubungan yang berkekalan. Kami percaya semua kanak-kanak berhak menikmati keselesaan dan sentiasa disayangi,” katanya.

Untuk itu satu pasukan membabitkan lebih 100 sukarelawan terdiri daripada rakan kerja Vinda Group, ahli Drypers Baby Club, ibu bapa, penaja dan profesional bersama-sama turun padang bagi mengubah suai rumah anak yatim menjadi kediaman yang lebih selesa untuk 144 kanak-kanak.

Bagi menambahkan keceriaan, hos TV dan radio, Nana Mahazan dan aktres, Nadiya Nisaa turut menyertai kerja mengubah suai kediaman di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan dan House of Love.

“Melihat kegembiraan dan keterujaan pada wajah kanakp-kanak berkenaan sudah cukup memberikan kelegaan dan kepuasan. Ia sekali gus membolehkan kita melangkah keluar dengan gembira kerana wujudnya permulaan perubahan positif,” kata Evelyn lagi.

Lebih 310,000 ibu bapa menyertai komuniti Drypers menerusi Drypers Baby Club. Misi jenama ini bukan hanya menyediakan produk bayi berkualiti, malah mendidik dan memotivasikan ibu bapa menerusi platform dalam talian untuk memupuk hubungan istimewa bersama si kecil dengan menghargai detik harian yang mencipta memori terindah. Laman web ini turut berkongsi panduan untuk membina hubungan ibu bapa dan anak dengan gembira.

Ahli juga berpeluang menikmati faedah dan manfaat daripada program ganjaran menarik Drypers Point Shop, yang membolehkan ibu bapa mengumpul mata ganjaran Drypers Baby Club bagi setiap pembelian produk Drypers yang boleh ditebus untuk mendapat hadiah permainan berkonsepkan pendidikan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenama dan kempen Drypers sila layari www.drypers.com.my.

Disiarkan pada: February 16, 2018 @ 2:03am
d