Biasanya apabila bertemu dengan pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kanser, antara nasihat yang kerap diberikan ialah ‘jaga makan’. Maknanya, mereka perlu mengambil makanan berkhasiat supaya badan kuat untuk melawan penyakit.
Memang pengambilan nutrisi seimbang amat penting bagi menjamin kesihatan seseorang, namun setiap individu mempunyai keperluan berbeza dalam pemilihan diet.
Tetapi, tahukah anda, mereka sebenarnya perlu mengambil pemakanan yang dipanggil ‘diet neutropenik’. Diet ini direka khas untuk individu yang mempunyai sistem imun atau daya ketahanan badan lemah untuk melawan penyakit seperti pesakit kanser, pesakit yang melalui proses pemindahan organ atau sum-sum tulang dan pesakit HIV atau AIDS perlu mengamalkan diet neutropenik.
Berbeza bagi orang biasa yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, diet untuk golongan yang berdepan penyakit kronik termasuk kanser perlu lebih teliti bagi mengelakkan risiko yang akan menjejaskan kesihatan mereka.
Diet ini boleh melindungi golongan ini daripada kuman, bakteria atau mikro organisma berbahaya yang terdapat pada makanan dan minuman.
Pakar Pemakanan Hospital KPJ Ampang Puteri, Nur Hayati Azmi berkata, diet neutropenik lebih menekankan kepada aspek keselamatan makanan bermula daripada proses membeli bahan sehinggalah memasak.
Katanya, diet ini membantu melindungi pesakit daripada bakteria dan organisma berbahaya yang boleh dijumpai dalam sesetengah makanan dan minuman antaranya Salmonella, E coli, Staphylococcus aureus, Clostridium perfringens dan Campylobacter jejuni.
“Diet ini sebenarnya membantu pesakit dengan mengurangkan risiko keracunan makanan akibat pengendalian yang tidak selamat kerana pada fasa neutropenia, ketahanan imun badan pesakit adalah lemah. Ini bermakna pesakit mudah dijangkiti kuman dan bakteria.
“Makanan sesuai untuk pesakit yang sedang mengamalkan diet ini adalah makanan dipasteur dan dimasak pada suhu yang betul (melepasi zon suhu bahaya).
“Manakala makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit adalah makanan yang tidak dipasteur, mentah dan tidak dimasak pada suhu betul,” katanya pada Sesi Demonstrasi Masakan Diet Neutropenik untuk Pesakit Kanser dan Penjaga di Hospital KPJ Ampang Puteri baru-baru ini.
Menerusi demonstrasi itu, Cef Eksekutif hospital itu, Cef Mohamad Hanafi menunjukkan beberapa resipi termasuk burger ayam dan daging klasik, burger ikan Asia, smoothie mangga, salad gazapo dan kuah salad sitrus.
Beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan dalam diet neutropenik
Tenusu
pbulletnSemua produk tenusu tidak terpastur seperti susu segar yang diperah terus dari haiwan (susu tidak terproses)
pbulletnKeju yang tidak dipastur seperti brie dan camembert
pbulletnKeju yang mengandungi kulat contohnya keju biru dan dan keju stilton
pbulletnYogurt yang mengandungi probiotik*, yogurt tidak dipastur atau yogurt buatan sendiri
pbulletnKrim yang tidak dipastur dan kek krim segar
pbulletnAis krim lembut seperti sundae.
Nota: Probiotik adalah bakteria baik yang dapat membantu kesihatan sistem pencernaa atau penghadaman manusia.
Daging, ayam dan ikan
pbulletnDaging, ayam dan ikan mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
pbulletnIkan mentah seperti sushi dan sashimi
pbulletnTiram/kerang mentah
pbulletnProduk tempe
pbulletnIkan jeruk
pbulletnIkan dan daging salai
Telur
pbulletnTelur mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna seperti telur separuh masak
pbulletnKuning telur
pbulletnMakanan yang mengandungi telur kuning yang cair contohnya mayonis buatan sendiri, sos hollandaise dan egg nog.
Buah-buahan dan Sayur-sayuran
pbulletnBuah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dibasuh
pbulletnUlam-ulaman atau sayur mentah
pbulletnBuah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai kesan kerosakan atau ditumbuhi kulat
pbulletnBuah-buahan lembut yang segar atau beku walaupun sudah dibasuh seperti strawberi, rasberi dan beri biru
pbulletnJus buah-buahan atau sayur-sayuran yang tidak dipastur
pbulletnHerba atau rempah yang tidak dimasak
pbulletnBuah-buahan dan sayur-sayuran potong (yang tidak digunakan dalam masakan)
pbulletnAcar sayur / buah.
Salad
pbulletnSalad dan sayur-sayuran yang digunakan untuk membuat salad yang tidak dibasuh
pbulletnSalad yang diletakkan di bar salad di dalam restoran atau pasar raya
pbulletnSalad siap dibungkus atau dibeli seperti coleslaw.
Roti, Bijirin dan Produk Bijirin
pbulletnBijirin dan produk bijirin mentah seperti oat mentah dan tepung gandum
pbulletnBijirin dan produk bijirin yang tidak dimasak
pbulletnRoti, pastri gulung dan pastri dari kaunter layan diri.
Kekacang dan Buah-buahan Kering
pbulletnKekacang dan buah-buahan kering mentah
pbulletnKacang tidak dipanggang atau kacang dipanggang yang masih di dalam kulit
pbulletnKekacang dan buah-buahan kering yang disimpan di dalam bekas terbuka
Pencuci Mulut
pbulletnProduk pastri berisi krim yang tidak disimpan sejuk
pbulletnDonut berinti krim atau kastard
Lemak
pbulletnSos salad yang mengandungi keju yang sudah disimpan lama
pbulletnTelur mentah yang disimpan di dalam bekas bersuhu sejuk
Air dan Minuman
pbulletnAir perigi
pbulletnAis dari restoran atau mesin ais layan diri
pbulletnMinuman dari mesin layan diri
pbulletnSmoothie dan jus sayur-sayuran yang dibuat di restoran dan bar jus buah-buahan.
pbulletnWain, bir tidak dipastur (boleh diambil hanya dengan nasihat doktor pakar)
Lain-lain
pbulletnDispenser layan diri untuk segala jenis sos, minuman dan makanan
pbulletnMadu tidak terproses
pbulletnJeruk dari tong jeruk
pbulletnHerba atau rempah yang ditambah ke dalam makanan selepas proses memasak
Antara resipi untuk diet neutropenik oleh Cef Mohamad Hanafi:
Burger ayam klasik
Bahan
pbulletn 600g ayam tanpa tulang dan kulit dicincang
pbulletn5g garam
pbulletn10g serbuk lada hitam
pbulletn25g serbuk paprika
pbulletnDaun rosemary segar (dicuci bersih)
pbulletn80g bawang Holland (dicincang)
pbulletn25g minyak kanola/jagung
pbulletnRoti burger
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang bersama rosemary.
2. Campur ayam cincang.
3. Perasakan dengan paprika, lada hitam dan garam.
4. Panggang ayam yang dibentuk leper hingga masak.
5. Potong roti burger dan isikan kepingan ayam di tengahnya.