hati

Keselesaan tanpa batasan UNIQLO AIRism

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Keselesaan menyarung pakaian bukan saja membantu urusan harian berjalan dengan lancar malah ia menyerlahkan lagi emosi gembira kepada si pemakai.

Di Jepun, jenama fesyen antarabangsa, UNIQLO rancak memaparkan kelebihan koleksi AIRism di iklan televisyen yang memberi penjelasan mengenai keselesaan tanpa batasan.

Terbaru, UNIQLO tampil dengan koleksi AIRism musim bunga/panas 2018 yang memfokuskan koleksi dan rekaan yang mampu memberikan keselesaan sehingga 24 jam sehari sepanjang tahun untuk lelaki dan wanita.

Rangkaian koleksi pakaian dalam seperti kemeja-T lengan panjang, coli, seluar dalam, baju tanpa lengan dan celana itu antara rekaan paling selesa yang dihasilkan Uniqlo terutama dalam aspek pemilihan fabrik.

Koleksi pakaian AIRism ini diyakini selesa dipakai untuk dua musim ini selain mampu menyerap peluh untuk memastikan keadaan diri sentiasa selesa serta tidak berpeluh pada musim panas.

Tahun ini menyaksikan kemunculan kemeja-T AIRism berlengan panjang sebagai antara usaha diambil kepada maklum balas pelanggan yang menginginkan koleksi itu. Ini termasuk koleksi kemeja-T nipis untuk wanita dan lelaki yang tidak kelihatan pada pakaian luar apabila dipakai.

Penggunaan fabrik yang licin menambahkan lagi keselesaan pada kulit untuk kedua-dua musim ini dan barisan koleksi AIRism musim ini mempunyai pelbagai jenis koleksi untuk menampung gaya hidup lebih selesa termasuk seluar pendek wanita yang sangat popular.

Disiarkan pada: March 7, 2018 @ 11:39am
d