hati

Gaya hidup lasak

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Bagi generasi muda masa kini yang mengejar kejayaan dan sentiasa sibuk, kecemerlangan dan kejituan dalam kehidupan seharian adalah sangat penting.

Menyedari setiap hari membawakan satu pengembaraan yang menguji kekuatan minda, keazaman dan keupayaan, Alba terus menambah baik bentuk dan fungsi, meningkatkan keanggunan dan gaya ke mercu kegemilangan dengan koleksi jam tangan musim luruh dan sejuk yang serba menawan.

Jam tangan kronograf daripada siri Sign A Sports mendahului barisan koleksi baru ini.

Reka bentuk, daya ketahanan dan keserbagunaan yang tiada tandingan, jam tangan ini dicipta untuk gaya hidup lasak dan dinamik.

Gaya dan keanggunannya sedia membawa si pemakai dari bilik mesyuarat terus ke dunia luar yang lasak dengan mudah tanpa mengira masa.

Dibuat rapi dengan paparan 24 jam, takimeter dan fungsi jam randik, jam tangan ini kalis air hingga kedalaman 100 meter.

Tali keluli tahan karat dengan gaya balutan tiga lipatan dan pelepasan butang tekan melengkapkan jam tangan yang melambangkan keberanian dan martabat ini.

Siri ini membawakan enam pilihan model termasuk dua model dengan tali kulit yang tersendiri. Koleksi kemegahan Alba turut membawakan jam tangan ana-digit yang inovatif dengan paparan analog dan digital waktu dunia.

Sesuai untuk mereka yang kerap mengembara ke merata dunia, ibarat dunia terletak di tangan anda dengan paparan waktu yang tepat dalam kesemua 24 zon masa.

Ia juga dilengkapi fungsi jam randik konograf dan juga fungsi perolehan kembali data yang membolehkan perolehan kembali sehingga 100 rakaman data ukuran.

Kalendar digital, penjaga masa, penggera tiga saluran dan takimeter melengkapkan lagi jam ini, yang dibina dengan panel dalaman untuk menyalakan lampu dengan satu sentuhan butang dan kalis air hingga 100 meter yang boleh didapati dalam tujuh model menarik.

Disiarkan pada: March 17, 2018 @ 10:38am
d