hati

Serum penghilang bintik hitam

Oleh HM Digital

Sejak sekian lama, ramai wanita bergantung pada produk penjagaan kulit untuk menghilangkan bintik hitam dan parut jerawat. Namun kedua-dua masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan mudah kerana memerlukan masa yang lama. Bertujuan membantu wanita mendapatkan kulit lebih cerah menerusi aplikasi realiti berperantaraan (AR) mudah alih baharu Nanowhite memperkenalkan serum Nanowhite Dark Spot Corrective dengan LumiLite diperkaya tiga bahan pencerah bagi membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan ton kulit sekata.

Menurut Pengurus Pemasaran Tohtonku Sdn Bhd Christine Law, produk ini menggabungkan teknologi Nano, Omega White-C dan ekstrak semula jadi untuk membentuk konsentrasi pencerah menembusi jauh ke dalam kulit sekali gus memberikan hasil kulit berseri dan kekal lama.

“Di Nanowhite, kami memahami kekecewaan wanita apabila melihat bintik-bintik hitam dan parut jerawat kala melihat cermin, terutama selepas menghabiskan banyak masa dan wang untuk menanganinya. Serum ini diperkembangkan untuk menyelesaikan perubahan ton kulit yang menjengkelkan dan menjejaskan keyakinan diri,” katanya.

Law menambah keberkesanan serum ini membuktikan komitmen jenama itu untuk menawarkan bukan sahaja kulit yang cerah, tetapi juga sempurna dan berseri dari dalam. Sebagai pakar penjagaan pencerahan kulit, ia juga berusaha memperbaiki inovasi dengan memenuhi keperluan pencerahan kulit yang unik bagi setiap wanita pada peringkat kehidupan berbeza.

Serum ini dapat menyelesaikan beberapa masalah kulit dalam masa dua minggu. Ini bermakna, wanita yang sedang melalui fasa penting kehidupan mereka tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan kulit bebas cela.

“Kami sangat teruja memperkenalkan aplikasi mudah alih Nanowhite AR+, yang menunjukkan pengguna berpeluang mendapatkan kulit idaman mereka. Dalam kehidupan sebenar, ini adalah apa yang wanita inginkan selepas tempoh yang singkat menggunakan serum ini,” kata Law.

Disiarkan pada: April 25, 2018 @ 10:02am
d