hati

Lindungi kulit daripada pencemaran

Oleh HM Digital

Faktor persekitaran seperti pencemaran udara, perubahan suhu penghidratan, menyebabkan kulit menjadi sensitif, tidak selesa, kering dan merekah. Jika dibiarkan tanpa penjagaan sepatutnya menyebabkan keadaan kulit menjadi lebih teruk kehitaman, jerawat dan jeragat.

Menyedari hal ini, Pengarah Own Brand, The Dairy Farm Company, Alfonso Roderos, menghasilkan produk derma365 khusus dan dirumus khas untuk kulit bermasalah. Kekurangan produk untuk kulit sensitif di pasaran memberi ilham dalam penghasilan derma365.

“Kami mencipta produk mampu milik yang boleh melegakan serta melindungi kulit daripada persekitaran luaran yang mencabar. Derma365 memberi peluang kepada individu memperoleh kulit lebih sihat dengan menawarkan inovasi rumusan di makmal Baxter,” katanya.

Ketua Penjagaan Peribadi, Own Brand, Kesihatan & Kecantikan, Kumpulan Dairy Farm Antoinette Lasjunies, menjelaskan gabungan alam dan sains dalam rangkaian derma365 menawarkan pilihan pembersih dan pelembap lebih lembut berbanding rutin penjagaan kulit yang mengeringkan atau menyebabkan liang pori tersumbat.

“Semua produk derma365 ditambah formulasi bebas sabun, pewarna, wangian, paraben, lanolin, bahan dari sumber haiwan, minyak mineral, SLS dan SLES,” ujarnya.

Guardian Malaysia yang menyediakan pelbagai produk farmaseutikal, kesihatan dan kecantikan kepada lebih 2.5 juta pelanggan di Malaysia, kini memperkenalkan derma365 pembersih dan losen untuk semua jenis kulit, termasuk kering dan sensitif.

Untuk hasil terbaik, pengguna dinasihatkan menggunakan air suam bersama pembersih derma365, diikuti losen derma365 Gentle untuk melembapkan kulit. Derma365 boleh didapati secara eksklusif di Guardian bermula Mac pada harga RM48.90 untuk 500 mililiter.

Disiarkan pada: April 25, 2018 @ 10:05am
d