hati

Guna semula balang lama

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Lebaran kian hampir. Ketika ini pasti ramai yang sibuk membuat persiapan akhir. Bagi yang merancang mengadakan rumah terbuka, perancangan dan persiapan Aidilfitri perlu dibuat lebih daripada biasa.

Walaupun mengadakan rumah terbuka kedengaran sukar, jika dirancang lebih awal dan teliti, pasti ia berjalan lancar. Mulakan dengan merancang hari dan perjalanan majlis, menyiapkan senarai barang serta membahagikan tugas dengan ahli keluarga. Perlu diingat menganjurkan rumah terbuka haruslah bersesuaian dengan bajet dan kemampuan anda.

Sesuai dengan sambutan hari raya, sudah tentu anda mahu memastikan tetamu kagum dengan hiasan rumah bukan? Tidak perlu membazir wang untuk menggantikan perabot lama, memadai dengan memberi sedikit sentuhan baru mengikut saiz poket

sendiri.

Anda mungkin boleh mengurangkan perbelanjaan dengan perhiasan buatan sendiri (DIY). Salah satu tip bijak adalah dengan mengguna semula balang kaca sos, apabila anda boleh menghiasnya dengan reben, melukis corak dan meletakkan lilin di dalamnya untuk dijadikan pelita.

Selain itu, anda juga boleh melekat atau menggantung kad raya yang diterima untuk membangkitkan lagi suasana meriah hari raya di dalam dan luar rumah.

Menurut suri rumah, Fidarina, dia selalu menyusun semula perabot rumahnya setiap kali Aidilfitri untuk memberi sentuhan baru, sekali gus menyuntik elemen segar kepada ruang tamu tanpa perlu berbelanja lebih.

“Kalau hendak mengadakan rumah terbuka, saya memang akan menyusun semula perabot supaya ruang di dalam kediaman lebih luas dan mudah untuk tetamu bergerak.

“Siapa tahu, jika kita berfikir secara kreatif, menukar kedudukan perabot juga boleh menampakkan suasana yang baru sehingga tetamu sering bertanya jika saya ada membeli kelengkapan baru,” katanya.

Dalam kebanyakan situasi, ramai di antara kita mengabaikan jumlah tetamu setiap kali merancang rumah terbuka. Berbeza dengan majlis kenduri yang biasanya berkait dengan jemputan, majlis hari raya kerap dianggap santai dan ‘terbuka’ untuk semua.

Sebenarnya, penting untuk anda mengetahui bilangan tetamu yang akan hadir ke rumah terbuka. Walaupun bukan dalam bilangan yang tepat, dengan menganggar bilangan tetamu, anda boleh merancang menu makanan dan minuman supaya mencukupi dan tidak berlebihan.

Sekalipun nampak remeh, namun menganggar bilangan tetamu berupaya membantu anda mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan melebihi bajet.

Satu hal yang paling penting adalah penyediaan makanan. Salah satu cara efektif untuk mengurangkan kos perbelanjaan menganjurkan majlis rumah terbuka adalah dengan memasak hidangan raya anda sendiri.

Usah teragak-agak untuk meminta bantuan anak atau ahli keluarga yang lain. Berpandukan anggaran bilangan tetamu, anda boleh mula merancang menu raya. Senaraikan jumlah hidangan dan jenis juadah yang ingin dimasak, untuk mengetahui ramuan yang perlu dibeli.

Sempena hari raya, Kimball memperkenalkan resipi raya yang membolehkan anda menyediakan lima sajian bermula daripada pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut untuk lapan hingga 10 orang dengan RM100 sahaja.

Menurut Pengurus Pemasaran Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd, Tania Lee, resipi raya Kimball ini diolah khas oleh cef dengan menggunakan sos Kimball yang lazat dan sesuai untuk dinikmati orang dewasa serta kanak-kanak.

“Antara sajian lazat yang boleh dimasak adalah sate kepak ayam Kimball, kuah kacang daging istimewa Kimball, nasi tomato kacang kuda Kimball bersama kurma ayam dan sayur Kimball serta kek kurma Kimball. Semua resipi boleh didapati di laman web www.kimball.com.my.

“Sekiranya anda risau tetamu yang datang melebihi anggaran anda, jangan khuatir. Pastikan anda mempunyai beberapa paket pasta Kimball dan Sos Spageti Kimball di dapur untuk membantu penyediaan pasta lazat dalam masa 10 minit sahaja! Ia sungguh mudah, lazat dan ekonomi!” katanya.

Disiarkan pada: June 8, 2018 @ 3:31pm
d