hati

Si duyung 'berenang' di telinga

Oleh HM Digital

Selain busana indah, pemakaian aksesori juga antara perkara penting dalam melengkapkan penampilan merayakan Aidilfitiri.

Terbaru, jenama JEOEL menampilkan koleksi terhadnya iaitu loket dan anting-anting edisi ‘Diamond Fairy Tale’ pada harga bermula RM199.

Memperkenalkan tema kisah dongeng untuk koleksi berlian terbaru, ia selaras visi jenama itu untuk menarik peminatnya dengan unsur bergaya dan comel.

Dihasilkan dengan rekaan yang berkualiti tinggi, antara koleksi loket dan anting-anting ini adalah ikan duyung yang cantik dengan ekor bergerak, pari-pari beruang dan mahkota delima untuk si gadis manis.

Dengan ekor yang boleh bergerak, ikan duyung ini mempunyai rambut dan ekor yang diperbuat daripada emas mawar. Loket berlian ikan duyung ini berharga RM209 dan anting-anting RM279. Lebih unik apabila loket itu mempunyai dua fungsi iaitu boleh dipakai sebagai charm pada gelang tangan.

Bagi yang inginkan unsur fantasi, boleh mencuba rekaan pari-pari beruang. Pada harga RM199 saja, loket comel ini mempunyai sayap rama-rama emas mawar. Set comel ini tentu akan memenangi hati sesiapa dan elok dijadikan hadiah untuk ahli keluarga tersayang.

Tampilkan keceriaan puteri anda dengan mahkota bertatah delima. Kunci kejayaan percaya dengan kebolehan diri sendiri dan tabah dalam berdepan dugaan - itu inspirasi di sebalik reka bentuk ini.

Buat kali pertama, jenama ini menghasilkan barang kemas dengan kedua-dua batu permata berikut dalam satu produk iaitu berlian semula jadi yang melambangkan keazaman atau batu delima yang mencerminkan semangat dan pengembaraan.

Disiarkan pada: June 23, 2018 @ 3:56am
d