hati

15 minit untuk sihat

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Sibuk dengan komitmen kerja di pejabat bukan alasan untuk terus melupakan rutin kecergasan. Tidak perlu mencuri masa yang lama untuk ke gim, bersesak dalam trafik untuk ke taman rekreasi atau menghabiskan wang menempah gelanggang sukan selepas tamat waktu kerja.

Memadai hanya dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk melakukan senaman ringan di pejabat. Biarpun sekejap, masa yang diluangkan ini pastinya berbaloi kerana berupaya meredakan tekanan mental dan fizikal berkaitan kerja.

Bagi yang mempunyai masalah sakit sendi dan keletihan kerana terlalu lama mengadap skrin, langkah senaman ringan ini mungkin boleh membantu merangsang kembali peredaran darah, sekali gus menyegarkan tubuh.

Bukan sekadar pilihan untuk golongan bekerja, siri senaman ini juga boleh dilakukan golongan suri rumah, pesakit yang sedang menjalani rawatan (bagi penyakit ringan) di hospital serta mereka yang tidak berkesempatan melakukan senaman kardio secara rutin.

Ketahui sebenarnya langkah senaman mudah seperti menyentuh kaki, berjengket, memusingkan tubuh (twist), meregangkan tengkuk, pergerakan ala balerina dan squat memberi manfaat besar kepada tubuh.

Jurulatih Peribadi Profesional, Atikah Zakaria menunjukkan 11 langkah senaman ringkas di pejabat sebagaimana dicadangkan Hospital Thomson Kota Damansara. Setiap langkah boleh diulang dari kiri ke kanan, dan sebaliknya dalam kiraan 10.

Disiarkan pada: July 12, 2018 @ 2:18pm
d