hati

Berlari dengan selesa

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Diilhamkan musim bunga sakura Jepun, koleksi Asics Sakura menawarkan kasut dan pakaian yang sesuai untuk sesiapa saja yang ingin membuat permulaan baru dengan latihan mereka.

Antaranya siri Gel-Nimbus 20 SP yang direka untuk keselesaan bagi membantu pelari khususnya wanita untuk memaksimumkan prestasi mereka.

Dengan rona pic yang menawan hati, pasti menjadikan kasut ini tampak lebih bergaya walaupun perlu menghabiskan jarak larian yang jauh.

Menerusi kepelbagaian teknologi canggih yang dihasilkan di Institut Sains Sukan Asics, kasut ini akan memastikan kaki selesa, membantu anda mendorong larian supaya lebih lancar dan bertenaga.

Ia direka dengan keselesaan kusyen ringan bagi mewujudkan prestasi terbaik pelari dari mula hingga menamatkan larian. Sebagai peneraju model pakaian sukan, jenama ini menyediakan rekaan kasut dengan tapak berkualiti daripada teknologi FlyteFoam untuk penyerapan yang mengujakan.

Rasa ringan pada setiap langkah menghasilkan larian yang pantas dan padu. Pada setiap lapisan, koleksi ini memaparkan struktur cetakan tiga dimensi yang direka bagi menyokong kaki sepanjang larian. Ciri baru di bahagian atas juga memberi padanan dan pengudaraan untuk pelari.

Selain itu, rekaan bagi model ini turut mengetengahkan sistem kusyen yang spesifik mengikut jantina.

Model ini yang direka untuk wanita mempunyai lapisan atas dengan kepadatan lebih rendah pada bahagian dalam kasut bagi membolehkan atlet wanita menikmati manfaat kemampatan pada bahagian dalaman.

Teknologi Plus 3 pula menawarkan ketinggian tambahan sebanyak tiga milimeter (mm) untuk model wanita bagi melegakan ketegangan pada saraf kaki.

Disiarkan pada: July 14, 2018 @ 12:42pm
d