hati

Khimar serlah penampilan

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Wanita sinonim dengan fesyen dan kecantikan. Tidak semestinya mereka yang bertudung labuh tidak boleh bergaya dengan fesyen yang sesuai dan berlandaskan syariat Islam.

Apa yang perlu diutamakan adalah keselesaan dan keyakinan. Begitu juga pada golongan Muslimah, selain dua faktor itu, saiz tudung mahupun selendang digayakan memainkan peranan penting kerana ia kewajipan yang tidak boleh dipandang ringan.

Pemilihan fesyen yang tepat bukan saja mampu menyerlahkan penampilan, malah menambah keyakinan pemakai tidak kira ketika sibuk dengan tuntutan tugas harian atau sekadar bersantai bersama tersayang.

Atas faktor itu, jenama fesyen tempatan, Pakaryta Exclusive tampil dengan koleksi Khimar Zaujah yang direka khusus untuk wanita bertudung labuh.

Menurut pengasasnya Nurul Hasnita Taharim, koleksi khimar itu dihasilkan menggunakan fabrik sifon bermutu yang memberi keselesaan kepada pemakai.

“Selain saiz yang menutup aurat, khimar juga boleh terus digunakan untuk solat. Juga sesuai bagi jemaah umrah atau haji kerana material digunakan tidak jarang dan tidak melekat pada badan.

“Material digunakan juga sejuk dan memberi keselesaan, manakala bahagian muka direka sebaiknya supaya ia mengikut bentuk wajah,” katanya.

Menurutnya, bagi memberi kelainan, pihaknya menawarkan 10 pilihan warna mengikut kesesuaian dan kegemaran masing-masing.

“Koleksi ini ditawarkan pada harga RM80 sehelai dan mempunyai satu pilihan saiz yang sesuai untuk semua wanita.

“Kami menyasarkan semua wanita tanpa mengira usia terutama yang bakal mengerjakan umrah atau haji juga kepada individu yang berusaha menutup aurat dengan sempurna,” ujarnya.

Disiarkan pada: August 4, 2018 @ 1:40am
d