hati

Detergen, pelembut dua dalam satu

Oleh Haryani Ngah

Inginkan pakaian bersih, bebas dari kotoran dan lembut bagaikan sutera? Jika itu yang anda impikan, ada banyak produk pelembut di pasaran.

Max Kleen9 Softergent keluaran terbaru menggabungkan detergen dan pelembut dua dalam satu. Ia bukan saja handal menghilang kotoran tetapi turut memberi kelembutan pada fabrik.

Produk ini adalah detergen dua dalam satu dengan pelembut kain yang mampu membersihkan dan melembut pakaian dengan hanya satu cucian.

Serbuk cucian ini menggunakan super konsentrasi kuasa enzim formulasi yang berkesan untuk menghilangkan kotoran degil dan kesan peluh pada pakaian anda.

Ia juga mengandungi agen pelembut premium seperti protein sutera semula jadi yang menjadikan pakaian rasa lembut bak sentuhan sutera dan menjadikan pakaian anda 25 peratus lebih lembut.

Max Kleen 9 Softergent bukan sahaja membersihkan dan melembutkan pakaian, ia juga mesra alam sekitar. Ia mengurangkan penggunaan tenaga dan air serta tidak meninggalkan residu selepas pencucian.

Formulasi 2 dalam 1 dapat menjimatkan kos dan masa kerana tidak perlu membeli pelembut selain memberi kemudahan.

Ia sesuai digunakan untuk pakaian pelbagai jenis seperti kapas, linen, sutera tiruan, fabrik sintetik dan jenis kain yang nipis serta memerlukan penjagaan khas untuk melembutkan fabrik.

Pakaian menjadi 25 peratus lebih lembut selepas lima kali cucian dengan Max Kleen 9 Softergent.

Ia boleh didapati di pasar raya dan dijual pada harga RM28.90 di Semenanjung dan RM29.90 di Sabah dan Sarawak untuk saiz pek 2.7 kilogram.

Disiarkan pada: September 21, 2018 @ 10:37am
d