hati

Peraduan Beli dan Menang Goodnite

Oleh Hamizah Badiran

Kuala Lumpur: Jenama pengeluar tilam terunggul, Goodnite International Sdn Bhd (Goodnite) percaya hidup sihat bermula dengan tidur yang berkualiti.

Paling menarik, Goodnite muncul sebagai pengeluar tilam pertama di Malaysia yang menggunakan gabungan teknologi anti-statik yang mengandungi benang serat karbon ultra halus iaitu fabrik StatFree® bagi pembuatan tilamnya.

Fabrik StatFree® berfungsi meneutralkan elektrik statik dalam tubuh manusia dengan berkesan dan memastikan pengguna mendapat tidur yang berkualiti selain mempunyai fungsi anti habuk serta hama.

Menerusi produk Love Series, ia menawarkan beberapa pilihan berbeza iaitu 'Forever Love', 'Eternal Love' dan 'True Love'.

Ketiga-tiga elemen reka bentuk ini memenuhi keperluan rehat pengguna dan memberikan peluang untuk menikmati tidur yang nyenyak dan lena.

1. Forever Love

• Memberi keselesaan dan sokongan optimum kepada semua lapisan pengguna

• Gabungan material poket spring yang meminimumkan gangguan kepada pasangan.

• Rekaan poket spring lima zon yang direka mengikut bentuk badan pengguna, sistem spring yang memberi dan kajian terkini menunjukkan foam diperbuat daripada organik kelapa sawit.

• Berfungsi anti hama dan habuk.

• Saiz Queen (5’) RM4,899, saiz King (6’) RM5,799.

• Disertakan hadiah percuma bernilai RM2,522 iaitu satu lapik tilam StatFree®, dua bantal StatFree® lateks dan dua StatFree® kusyen kereta.

2. Eternal Love

• Tilam StatFree® dengan G-memory™ premium memori foam iaitu organik busa dari minyak kelapa sawit dengan lima zon poket spring.

• Ia direka untuk kesesuaian dan keselesaan badan. Pengguna dapat menikmati reka bentuk unik dan mudah lentur untuk sokongan tulang belakang badan.

• Jenis tilam: Tilam empuk, kukuh dan selesa.

• Harga: Queen (5’) RM3,799 dan King (6’) RM4,399.

• Hadiah percuma bernilai RM1,735 iaitu satu lapik tilam StatFree® dan dua bantal StatFree® memo foam.

3. True Love

• Direka dengan StatFree® dan enam sistem gelung berganda (DPC) iaitu spring yang dipatenkan untuk tujuan menyokong tulang belakang.

• Tilam yang kukuh, amat sesuai untuk individu bertubuh besar dan obesiti kerana mampu menyokong berat badan tanpa menjejaskan struktur asal tilam.

• Menjadikan tidur lebih nyenyak dan menyokong tulang belakang

• Kekuatan tilam: Kukuh dan empuk.

• Harga: Queen (5’) RM2,199 dan King (6’) RM 2,699.

Bagi menghargai pengguna yang setia menggunakan tilamnya, Goodnite mengadakan 'Peraduan Beli dan Menang' melalui cabutan bertuah bermula pada awal Julai lalu sehingga 31 Disember ini.

Peraduan ini boleh disertai menerusi pembelian produk Goodnite iaitu tilam Love Series saiz lima dan enam kaki atau tilam yang terpilih sahaja.

Langkah-langkah untuk menyertai peraduan Goodnite.

1: Isikan butiran di kupon yang disediakan selepas membeli tilam.

2: Ambil gambar kupon dan resit pembelian.

3: Hantar gambar berkenaan ke Messenger Facebook Goodnite Malaysia

Tempoh Peraduan: 1 Julai - 31 Disember 2018

Beli tilam saiz 5’ atau 6’ daripada Goodnite Love Series (Forever Love, Eternal Love, True Love) atau tilam yang terpilih

Hadiah-hadiah Ditawarkan: Jumlah bernilai sehingga RM200,000

Hadiah Utama: Honda HR-V

Hadiah Kedua: Perodua Bezza

Hadiah Ketiga: iPhone X

Hadiah Saguhati: Wang Tunai RM500 x 50

Keputusan cabutan bertuah akan diumumkan pada Januari 2019 dan sebarang penghantaran kupon berserta gambar selepas 31 Disember tidak akan diterima.

Keterangan lanjut boleh melayari laman web http://goodnite.com.my/buy-win, atau FB Goodnite https://www.facebook.com/MyGoodnite/ atau hubungi talian pelanggan di 03-32502218.

Kunjungi juga 'factory outlet' terbaru Goodnite yang terletak di 25, Jalan Besar, Kampung Baru Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Beroperasi dari jam 11 pagi hingga 8 malam, 'factory outlet' ini menjual produk terbaik Goodnite terdiri daripada tilam, bingkai katil, sofa, set makan dan aksesori perabot lain.

Disiarkan pada: September 27, 2018 @ 10:18am
d