hati

Tekan tubi guna bangku

Oleh Siti Zarinah Sahib

Bersenam cara yang sama tentu saja membosankan. Menggunakan pelbagai perabot di rumah seperti kerusi, tiang dan bucu katil menjadikan senaman lebih menyeronokkan. Ini kerana setiap latihan perlu lebih kreatif dan diseimbangkan dengan pergerakan otot supaya mendapat keberkesanannya.

Menurut juruterapi senaman Adasandha Anuar, antara contoh senaman yang boleh dilakukan menggunakan bangku panjang adalah tekan tubi yang kelihatan lebih mudah kerana individu bergantung kepada kerusi ketika melakukannya.

“Tekan tubi ini lebih mudah berbanding senaman tanpa bebanan. Ia sesuai dilakukan bagi mereka yang merasakan tekan tubi biasa adalah agak sukar. Bagi mereka yang baru kali pertama melakukannya, pilih peralatan yang agak tinggi seperti dinding dan meja kerana mudah dilaksanakan,” katanya.

Senaman ini memberi kesan kepada keseluruhan tubuh terutama tangan dan kaki. Pergerakan tangan secara berulang-ulang harus dilakukan dalam kedudukan yang betul supaya mendapat manfaatnya. Paling penting setiap tekanan perlu dibuat bersungguh-sungguh supaya pembakaran kalori berlaku dengan cepat.

Langkah-langkah

Disiarkan pada: September 27, 2018 @ 1:51pm
d