hati

Mi bandung tambat selera

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

RASA kuah yang enak ditambah dengan rebusan tulang lembu pasti memikat penggemar mi bandung apatah lagi menikmati hidangan yang masih panas dari kuali.

Tambah menarik, rasanya juga berbeza di setiap negeri. Terpulang pada kreativiti dan air tangan pembuatnya, rasa asli mi bandung biasanya terletak pada rencah yang dimasukkan.

Bagaimanapun, mi bandung sebenarnya berasal dari Johor terutama daerah Muar yang terkenal dengan keasliannya. Rasanya yang pedas dan manis membuatkan sesiapa juga yang berkunjung ke Muar tidak melepaskan peluang menikmati hidangan enak ini tidak kira sama ada pagi, tengah hari atau petang.

Peminat setia mi bandung kini boleh merasai keenakan rasa resipi daripada Rosnah Abd Aziz yang disediakan di warung Mi Bandung Hawau di Restoran Saggaf Corner, Bukit Antarabangsa.

Selain rasanya yang pedas, keistimewaan mi bandung Rosnah terletak pada kuahnya yang pekat, manis dan penuh perisa.

Rahsianya, dia menggunakan kacang tanah dan udang dalam pes mi bandungnya.

“Sebab itu keenakannya terasa kerana mengandungi semua perisa,” katanya yang menyediakan pes terlebih dulu dan disimpan untuk kegunaan setiap hari.

Katanya, air rebusan tulang lembu pula memberi kelainan rasa dalam hidangan itu dan untuk menambah kelazatan, dia menambah daging yang direbus empuk. Rose turut berkongsi resipi mi bandung tulang ilhamnya yang mudah disediakan sesiapa saja di rumah.

Bahan

• 1 mangkuk air rebusan tulang lembu

• 1 biji telur

• Segenggam sawi (dipotong)

• 3 keping tauhu

• 1 sudu besar sos cili

• 1 sudu besar cili kisar

• 1 sudu besar udang geragau

• 1 sudu besar kacang tanah (digoreng dan dikisar)

• 3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

• Gula secukup rasa

• Sedikit serbuk perasa

• Sedikit hirisan daging rebus

• 1 mangkuk mi kuning

Langkah-langkah

Disiarkan pada: January 16, 2019 @ 3:33pm
d