hati

Idea dua beradik

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

TANYALAH kepada mana-mana wanita, tentu ramai yang mengidamkan menyarung sepasang busana bukan saja selesa malah memberikan impak ‘wow’ apabila dipakai.

Impak wow itu bukan hanya terletak pada rekaan malah ia merangkumi setiap sudut busana itu dihasilkan termasuk pemilihan rona, fabrik dan teknik jahitan.

Ramai juga bersetuju, gabungan elemen ranggi, unik dan alam semula jadi membuatkan rekaan rangkaian busana ini berbeza dan tampil istimewa.

Semuanya tampak anggun dipadankan dengan kepelbagaian rona hingga meletakkan rangkaian koleksi Ghaania antara yang terbaik dan sesuatu yang luar biasa.

Pengasasnya, Elly Nur Suhaili Sufri berkata, gabungan ideanya dan adik tercinta, Illi Nurliyana berjaya menghidupkan koleksi terbaru itu yang sangat unik serta menarik.

Menurutnya, koleksi gaya kasual itu didatangkan dalam pelbagai rekaan menarik yang masing-masing mempunyai keistimewaan dalam rekaan tersendiri.

“Kami sangat menitikberatkan soal rekaan bagi memastikan ia lain daripada yang lain dan mampu menghasilkan gaya memukau buat pemakai.

“Setiap rekaan mempunyai cerita sendiri, penggunaan fabrik dan rona juga memainkan peranan bagi menghidupkan lagi koleksi ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga menyasarkan wanita daripada golongan pertengahan dan ke atas menggayakan koleksi

hebat itu.

“Semua koleksi ini dijual bermula RM150 hingga RM450 bergantung kepada jenis rekaan dan fabrik digunakan.

“Apa yang penting adalah gaya terhasil selain keselesaan ketika dipakai kerana dua elemen itu amat penting dalam pemilihan sepasang busana,” ujarnya.

Menurutnya, semuanya tampak indah dan memukau dengan rangkaian koleksi terbaru itu dan pihaknya menjanjikan gaya eksklusif apabila menyarung busana indah itu.

Disiarkan pada: May 1, 2019 @ 4:30am
d